Kitorang bertolak dua kereta pagi jumaat.pukul 5pagi dah gerak dah.lagi dua kereta dah gerak malam kamis tu.tapi pergi balik kg kat perak dulu..amik makcik2 kat sana.
Semua 4 kereta sampai dalam tengahari kat Kelantan.sampai2 je pergi rumah pengantin terus sebab nak amik kunci guest house yang diorang dah book-kan untuk kitorang semua.makan keropok lekor pure punyaaa.sedap kot.takdenye cam yg kat sini.banyak tepung
Hihi.ok,so abg ngah dah selamat di nikahkan dgn kaklynn malam tu.happy moments.angah yg selalunya gagap tetibe masa akad nikah tu tak gagap.semua orang punyalah risau pasal tuu.heheh.excited la tuu..
Lepas nikah,pergi rumah pengantin lagi sekali.diorang nak jamu makan malam.lauk pun agak tak familiar dengan kitorang.yelah,kalau belah2 sini selalunya makan ayam masak merah, dalca la ape la..camtu2 la.tapi kat situ,x tau la ape nama lauk dia.tapi ok lah jugak.hehe
Pastu adik bongsu pengantin ni datang dekat aku.ingat nak melawak ke apa la kan.sekali dia kentut straight depan muka aku.aku terkejut.ingat dia main-main melawak ke apa sebab sebelum2 tu dok mengendeng2 aku jeaa..fine.memang nak tergelak jela.kena buli ngan dak kecik T_T
Esok siang baru kenduri pulak.tapi malam tu sebab dah ramai sangat dalam guest house tu, kami 1 family pegi tido kt chalet pakcik mudin.kat bachok.wooh seronok kott..betul2 tepi pantai.and of course lebih selesa sebab tak pack sgt =p
Sabtu pagi takde buatpe sangat.cuma jalan2 kat tepi pantai makan aiskrim(pagi-pagi?haha) dengan jalan-jalan kat pasar siti khadijah.pukul 12 tgahari baru gerak pegi pasir putih(rumah kenduri dan guest house yg semua sedara mara duduk tu)
Agak lambat la sebab kenduri start kul 2.waa.baru ni.selalu kalau kat area sini tgahari la pengantin dah dtg kan.lepas makan-makan,tangkap gambar banyak2,kitorang pun balik . btw photographer wedding ni sgt best.try check photoaura.net.
Balik je dr kenduri,semua packing nak tdo kat chalet yg ktorang dah duduk tu.sebab malam tu nak buat bbq pulak.wiii.sewonok~
tapi sebelum tu petangnya kitorang main kat pantai dulu.haaaa.double wii~ sebab lama gile x mandi laut T_T kalini tak kesah dah masin ke kulit itam ke ape..asalkan dapat main air laut.hoho.dah la masa tu cam bnyak gila keturunan patrick starfish..haa,first time dapat pegang.geli!die lembik2 bile dalam air.once dah angkat kua,terus keras.wahahaha.kelaka~ =)
Bbq malam tu pulak kitorang make mace-mace.ayam,sosej, daging burger?, ketam, ikan pari dan macam-macam jenis ikan lah lagi, sotong, kepah, lala.ohem gi.memang kenyang gilaaaa kot.semua ni un pakcik mudin belanja.wuu.sangat pemurah.dah la chalet pun semua dia kasik duduk free je.hehe
Lepas je bbq semua pun dah ngantuk gila la kan sebab seharian buat macam-macam..pastu tetibe pakcik mudin ajak gi wakaf che' yeh.(cam downtown la) terus semua mata bersinar.tak jadi ngantuk.kul 11 tu kitorang 4 kereta gi la tempat tu.mak-mak tetap gagah tuu walaupun semua pakai baju kelawar.
Seronok la jalan-jalan malam-malam cemtu.aku jarang kot kua lewat2 malam cmtu.huhu~ -__-' .. sampai chalet balik dalam pukul 2 pagi gituw.berangan la aku nak siapkan cad kan time–time dah penat gile nii.haha
So mlm tu semua pun tdoq dgn lena.
Pagi ahad tu nak mandi2 laut lagi sekali(sebab pasni ntah bila lagi laa nak dpt mandi laut kan.huhu) den packing2 untuk balik taiping balik dah.di situlah mulanya journey yang banyak gila halangan tak sudah-sudah.wuu.ok..sambung lagi kat next post! ^_^~
p/s:gmbar upload kendian.slow sangat internet harini.nak upload kt c ad lab esok
1 comment :
wooooo...
pnjg gilos XP
Post a Comment