Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday #5 kuliyyah ict





p/s:post ni specially for cik ham kiteww yang teringin nak tengok kuliyyah baru ni :)

Friday, November 25, 2011

Big Bad Wolf 2011 book sale!

Semalam pegi big bad wolf punya book sale.arrive there sharp at 10am and there’s a very long queue untuk masuk ke tempat tuhh.oh btw, book sale ni dekat south city plaza, sri kembangan.tak tahu sri kembangan kat mana,sila google map(haha.cakap kat diri sendiri)

Tengok orang orang yang datang tu semua bawak troli macam nak pegi pasar..ade yang bawak beg beroda siapp..cam kelakar pun ada sebab seriously bajet takdela banyak mane pun buku nak beli..ingatkan book sale ni ala-ala book fair yg dekat pwtc selalu tulaa..sekali bila masukkk..omggggg!!!memang rasa rugi tak bawak duit banyak2 and beg besar besarrr..upon entry tu, everyone dia bagi kotak..lepas je counter bagi kotak tuu, tengok semua orang rush and cepat cepat masukkan buku banyak2 dalam kotak diorang..i was blur kejapp..tak paham kenapa diorang cam lipas kudung sangat dok capai semua buku.haha..lepas tu baru la sedikit demi sedikit tangan ni laju je capai pape buku yang cam best..yela,risau aku tengok aunty2 nih amik buku buku best..kang habis pulokk

Btw,smlm pegi dua orang.dengan kawan baik kita.hehehehe...haaa, lepas dh puas tengok kat section ID  and architecture, kitorang jalan jalan kat children’s punya section and tinggalkan kotak kitorang kat bawah meja bahagian architecture tuhh..sebab susah kot nak bawak kotak tu dalam sesak2 orang ramai ni kann
Then bila datang balik kat section architecture nak amik kotak tu, tengok ade a few buku takde.cisdale betul sape gi curik tuh! And masa kitorang round baliktu, tengokbuku buku yang best banyak dah habiss..wouhoo!cepat gilaaa! Baru 2 jam bukak kott event ni..my friend said that selalu kalau dah last day tu, memang habis punya lah buku buku ni.sebab dia penah pegi before this, masa last day, buku tinggal berapa ketul je sangat..

Then dalam pukul 12, dah siap memborong,kena queue panjang gilaaa untuk bayar pulakkk.anddd sebab jauh lagi nak sampai turn, so I just taruk 2 kotak buku tu kat depan sebab malas nak angkat sepanjang beratur..tiba tibaaaa! Mate empatku ini ternampak ade sorang chinese lady ni dok belek belek buku dalam kotak aku yang kat depan tuhh.dah rasa suspicious dahh (sebab insiden buku kena curik tadi la eventho dah taruk bawah meja kat section architecture tu).then dia tarik kuar satu buku and nak blahh..

tapii, urs truly ni lagi cepat!haha.i stopped her pastucakap EXCUSE MEE, its MY book.terus dia letak balik, cakap sorry and blah cepat2..haha..maigaaddd!curik! sabar jelahh~

Last2 around 130pm baru dapat bayar.lame betul tunggu.aiggoo,lenguh kaki ni pliss T__T  overall, I’m veryyy satisfied sebab shopping buku banyak2 especially those architecture books yang harga dalam rm100-rm200 boleh dapat just for rm5!!! And mostly, children books Cuma rm3!! Wah, dah macam promoter giteww.muahaha :p


line beratur yang panjang -__-


Ha ni la semua buku yang di beli..ada 31buah semua sekali=rm147.
berbaloi baloi

 
Baru sedar rakyat Malaysia ni masih suka membaca.hehehe =)
p/s:kaki sakit kena pijak dengan aunty2/uncle/budak2 and paling tak bole lupa..kena lenyek dengan tayar trolley orang yang rakus carik buku.eeek Lain kali kalau ade ape ape event yang kena berebut camni, make sure pakai kasut hokehh-__-

Monday, November 21, 2011

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Salam everyone =)

so last week, saya dapat sebotol madu from my very best friend ^^, hehehe..dia cakap madu ni banyakkk sangat khasiatnya lagi lagi untuk orang yang tak cukup nutrient dalam badan macam saye ni (p/s:penulis tidak memakan sayur mayur -__- ) so, balik balik je terus semangat google ape khasiat madu and tadaa!terjumpa skali a few types of food punya khasiat..haa,ni lah dia!


Roti (khubz)
 
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
 
Jintan Manis (anisun)
 
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
 
Epal (tuffah)
 
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
 
Asparagus (hiyawn)
 
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
 
Pisang (mawz)
 
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
 
Barli (sya'ir)
 
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
 
Selasih (manis rayhan)
 
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
 
Mentega (zubdah)
 
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
 
Bunga kubis (qunnabit)
 
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
 
Chamomile (babunaj)
 
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
 
Lobak merah
 
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
 
Biji kopi (qahwah)
 
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
 
Biji hitam (habb al sauda)
 
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
 
Ayam (dajaj)
 
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
 
 Kulit kayu manis (darchini)
 
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
 
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
 
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
 
Timun (qitta')
 
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
 
Tamar kering (tamr)
 
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
 
Terung (badhijan)
 
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
 
Telur (baydah)
 
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
 
 "Endive" (hindiba)
 
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
 
Fenugreek (Hulbah)
 
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
 
Buah Ara fig (fin)
 
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
 
Ikan (samak)
 
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak  seimbangan badan
 
Bawang putih (thum)
 
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
 
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
   
Halia (zanjabil)
 
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
 
Inai (henna)
 
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
 
Madu lebah(a'sl)
 
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
 
Kekacang (a'das)
 
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
 
Salad (khass)
 
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
   
Daging (lahm)
 
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 
 
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California



seribu ubat yang masuk dan sejuta penyakit yang keluar dari badan kita?!wow! ok eventho sejuta penyakit itu maybe cuma metaphor je..but, i'm soo thankful right now


thank you, A :)

Sunday, November 20, 2011

berseri.convocation day

ok kalini cerita pasal the day kitorang kena amik robe.haha..did u know amik robe masa first day sangat lahh memenatkann..i waited for 5 hours kott..lama gilaaa.queue pun panjang kott eventho dah sampai kul 9 tepat.isk -__- tak puas hati bila ade orang potong line boleh je lepas tapi bila aku nak potong line tak lepas.chaitt!

Rasa rugi pulak pegi amik first day sebab second day tu orang pegi tak queue lansung kottt..masuk terus dewan CAC.huu~


sebab tunggu dalam dewan lama sangattt,habis semua information board kitorang baca.boringgg! -__-" (tapi yang bawah ni tak boring.hihi)

and and, kite macam jakun sikit tengok multimedia card tu.hahaha.before kita naik pentas, kita kena swipe dulu the card and then our name akan kuar.waaa.hebat kann?kan?ok diam.haha.



View before and after convocation.kan berseri seri giteww bilik kitew.muahaha -__-



Dapat bunga from my family, from makcik jamilah & pakcik kamin’s family :p and 3 graduation bear with chocolate from my URP studiomates and my kakak usrah andd a sembonia purse from my very bestfriend…wee, thankyou very mass uolss ^_^



ok sesungguhnya convocation tu sangat best okay ^_^ nak convo lagi! Nak convo lagi!


Thursday, November 17, 2011

the bestfriend





salam and morning =)

kalini nak cerita pasal one of my bestfriend. hok bestfriend lain lain tu toksah nak terasa ke apa ye..nanti rajin2 aku buat la post pasal korang pulak..(cepat bodek dulu!)

name dia nurnajwa. dia suka makan. hobi dia memasak, tengok running man, tengok lelaki hensem eh eh terlepas cakap la pulok and membebel dekat twitter. semua sama lah macam kiteww cuma kitew tak terer masak macam dia.hahaha..oh oh..lupa satu lagi, dia pun kadang kadang agak emo.sama jelah macam aku..pastu kita pun nanti emo sama sama kalau ade tak puas hati pasal sumthing kann..wawawa~ :}




kita sama studio every semester kot? tapi tak rapat sangat pun dari awal sebab masing masing ada klik masing masing gituww..then masa semester 2 third year, sebab jumlah perempuan dekat studio kitorang cuma 8 orang je..memang semua jadi rapat laa..tambah pulak lepastu kita pegi heritage kt dhaka bangladesh same same.aww..sweet tak?sweet tak? haha


btw, she have this significant pose

hikhik


 omey omey

aww,i miss u sisterr najwaaa. haha sorryla ter-over lambat pulak post entry ni eventho dah buat since habis heritage lagik.since tweet wa haritu baru kita carik balik draft post ini..i busy uolss..haruslahh *tangan ke bahu, mata ke atas* ohoi,free2 datang aa UIA mekk! ^_^






p/s: specially ambik sebab nak imitate dia.muahaha.tapi x berapa nak sama lah -__- takpe..yang penting, gaya pegang spek tu..spek tuu *sedapkan hati*





Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Virus shortcut folder dan ciribu

Dont panic!!

theres one time ni semua orang punya pendrive pun asyik terkena virus shortcut..erghh..memang teqey laaa..tapii!!!sebenarnye kita tak perlu pun format balik pendrive tu or kecoh kecoh kat facebook sebab..ade
cara nak repair pendrive/hard disk anda tuhh:
* Pastikan file autorun.inf dalam pendrive anda didelete, kalau takder, leh teruskan step dibawah.
Taip cmd kat bawah start menu anda utk win vista/win 7. tekan enter. akan keluar satu kotak hitam.




utk win xp/me/98, click start menu, click run, type cmd dan click enter.
kat dalam kotak hitam tu taip ni:
attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (boleh copy, then right click, click paste.)




gantikan huruf g dengan huruf untuk drive anda. kalau pendrive anda f:, gantikan g tu dengan f.
then tekan enter. tunggu sampai dia keluar balik
selesai. leh cek balik pendrive/harddisk anda, dan delete sume file shorcut2 virus tu.


p/s: tips berguna ni di bawakan oleh encik omar khayyam.hehe.terima kaseyy~

balik kampung

mase cuti mid sem yang seminggu tu saye blk kmpg.haha.tapi xsempat nak update ape yang di buat..so,kira late update la nehh


haritu balik kampung kt jelai, batu kurau, taiping, perak tak sangka pulak ade durian luruh..tapi dalam 4-5 bijik jelaa..hehe..best kot..dpt merasa..huhu


mak lang tolong kopekkan durian


aku ade gi tolong maklang meniaga.dia jaga kantin skola arab kt depan umah tok and tokwan
kanak kanak riang





dekat kampng banyak nyamuk.so,raket elektrik ni sangat berguna.rasa seronok smash nyamuk tuh.muahahaha

ini pulak sungai air itam.sungai ni la tempat bersuka ria kalau hari siang terasa panas..cantik indah nyaman semua2 lahh..gittheww

kalau anda bernasib baik,anda akan terjumpa dengan bunian..
ok cepat doa dapat jumpa bunian~

doa
*



doa
*



dan doa lagii
*


tadaa,weehhuu ada empat bunian tengah berendam.okbai




sekian sajo.saye suka kampung sy..truly kampung environment ^_^

Saturday, November 12, 2011

craving for..

BOOST CADBURY..


nak menangis rasa sebab sedap sangat.OK.aish  terhiperbola lah pulak T_T


been eating this sepanjang cuti midterm.ohoi~

Friday, November 11, 2011

11.11.11

salam


cantik kan tarikh ni?haaa.ape signifikan dia?


the date 11.11.11 is nothing. just the number is unique. it has nothing to do with aqidah or what, do not be so judgmental la kan..huhu..why did i say so?haa..sebab semalam malam tepat je pukul 12 status2 kat facebook semua pasal tarikh cantik ni..then,tak bole blah bila ade yang cakap pada 11.11.11 ni anak2 dajjal keluar lah..tarikh memperingati certain somebody yg beragama kristian lah..aku baca rasa nak tergelak je..adoiaii..tak payah nk wat teori konspirasi sangat laaa hal kecik ceni.bukannya taksub ape pun..


huhu..ok,back to the topic, SEBELAS.. this is our batch name.we are the eleventh batch of architecture students of IIUM.gituuu..so sempena harini,semuaorang tuka profile pic gmbar logo sebelas..hehe..seronok...!sebab rasa united gituu ^_^ tapiii, utk org yang tak tahu pasal nama batch ni..mesti diorang akan pikir kitorang ni gelabah/taksub dgn tarikh 11.11.11 ni.haha =p


yang logo kecik sikit tu hajor.saje je bajet unik letuw.hahaha


so, my wish to all SEBELAS, gud luck in your future undertakings..kita mungkin tak dapat nak bersama2 ramai ramai macam dulu lagi dahh..semua bawak haluan masing masing..ape yang penting kita keep in touch lah ye..jangan lupa kat tokey kedai tuu yang sorang ni haa.hehehe.ok,macam ucapan menang anugerah pun ado.haha.i love my batch very much!they are the best!! =)


Thursday, November 10, 2011

mari jadi kaya! ka-ching ka-ching ^_^

anda nak cepat kaya?ahaaa.meh tengok video ni ;)




kecewa ke sebab bukan kaya duit yg saya maksudkn?haha.kaya pahala pun kaya jugak aperr.apelah guna hidup ni kalau kita kalut kumpul harta banyak2 tapi untuk akhirat kita zero.huhuhu


jadi based on this video,i think that everything yg kita lakukan tu akan mmberi kesan kepada diri kita, baik yg kita lakukan, baik la jugak balasan yg kita dpt..Allah tu maha adil kann :))


jadi,marilah kita sama sama kejar kebaikan yg boleh di buat di dunia ni,utk bekalan kita di akhirat kelak :)


salam

Wednesday, November 9, 2011

Sunday, November 6, 2011

episod kak mas

salam and selamat hari raya haji everyone :))

macam mana ibadah raya koran korang semua harini?as for me, biase biase je.sederhana giteww..heee..so sebab sekaran kat kampung and takde gambar yang di amik tadi, lemme just post another postponed updates yehh ^_^


***

Habis episode beraya, kita masuk episode menjadi seorang kak mas a.k.a akak master (seperti yang digelar oleh kawan kawan.aiyoyo) memang a different world from the undergrad life. Life as PG (postgraduates) students memang lonely gila kot..aku rase lahh..haha..semua bende kena buat sorang sorang sebab mane laa ramai sangat kawan yang masih sambung belajar dkt uia ni..tapi I’m still glad with the one yang ade skarang ni =)

Lepastu kena banyaaaakk membaca.omg camana nak jadikan diri ini rajin membaca lepas grad from architecture?aku rasa since join architecture ni aku sangatlahh kurang membaca.haha..nak melentur buluh pun dah x sempat,.dah keras kematu dahh..haha.tersengguk2 lah macam burung dok patuk2 makanan bila nak kena baca buku/article2 @_@

And nanti ade international conference.well  as a PG students, we are advised to present a paper at a conference.so sekarang mata tengah rambang nak pilih pergi buat conference kat mana..either bangkok, filiphine,Australia, or unimas.haaa..dalam hati dok pikir holiday je tapi sebenarnye berat la jugak bila kita nak present paper ni..lagi lagi international conference.takuttt :S

Kak mas kak mas sekalian ni juge semua selera makan besar.asal ajak makan luar je mesti orait sajorhh..i likeee..tapi memang sakan la duit kuar kan cenggitu :P

Oh, just one thing yang x puas hati pasal PG is just the mahallah fee.awatnya double degree UG punya fee sedangkan biliknya sama je.Cuma setiap compartment ada pintu je.uhuhu..yang lain lain semuanya so far ok alhamdullilah..

huuu..ok,i think thats all lah kut nak bebel..mintak korang doakanlah semuanye dipermudahkan untuk saye dan kawan kawan yang lain.terimakaseyy banyak banyak :))

sekian sajoh.salam

Friday, November 4, 2011

lampu lampu hati

the view from my spek 3D hong kong disneyland.semua lampu jadi lovey lovey symbol ^_^

Wednesday, November 2, 2011