Tuesday, September 15, 2009

hambar

sedih sangat tahu tak.mungkin korang akan kata aku ni melebih-lebih besarkan hal kecik je.
korang tak rasa apa yang aku rasa.takpelah.


aku rindu masa dulu

Monday, September 14, 2009

090909

salam,mungkin xbyk yang aku nak post sejak akhir2 ni..tapi,post kali ni adalah sebagai peringatan untuk kita semua tentang mati


Remaja maut digilis treler

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh oleh sebuah treler di Bukit Jalil, Jalan Puchong-Sungai Besi, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu berlaku selepas motosikal mangsa, Ahmad Abbil Abdullah, 20, dipercayai bergesel dengan sebuah kereta.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, akibat itu, mangsa terbabas lalu dirempuh oleh sebuah treler dari arah belakang.

"Mangsa kemudian digilis oleh treler terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Menurut Abdullah, polis masih menyiasat punca kemalangan itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi balai polis trafik di talian 03-2071 9999 bagi membantu siasatan.


090909,tarikh yg ku kira agak cantik untuk buat apa-apa event.sbb keunikan nombornya.jarang dapat..tapi, x ku sangka,pd tarikh tu lah..seorang kawanku telah di jemput oleh Nya.ahmad abbil,kawan semasa ku di sekolah rendah,mngh, agama, tuisyen,dan kami juga menaiki bas yg sama masa zmn sekolah dulu..dia pun duduk berdekatan dgn rumahku..

masa kejadian,aku berada dalam kelas structure..aku pun dpt la kol dan msg dr bbrp org kawan lama yg mmberitahu hal ni.susah nak percaya.aku sndiri pun dah lama x berjumpa dgn abbil..ntah bila kali terakhir aku terjumpe die..itu pun sekadar terjumpe bile jalan-jalan petang kat padang beberapa tahun yg lalu(kutt)


semua orang bersedih menerima berita mengejut ini.siapa sangka kali ni ajal datang menjemput salah seorang dari kalangan kami.aku x mampu nak buat ape-ape.aku cume minta diorang supaya jgn bersedih sgt..kite hanya akan menyeksa mayat tu je kalau kite meratapi,meraung nangis2 pemergian dia.ape-ape pun,kite tetap kene redha...


kematian itu memang pasti.tak de sape mampu melawan kuasa Dia.pergi ke mana2 pun kematian tuh pasti menjemput kita.cumanye kite je tak tahu bile dan bagaimana kita akn menemui mati..jadi, seboleh-bolehnya..kite kene lah beramal dari sekarang.bak kate orang,sediakan bekalan yang cukup.jangan kata 'time muda la kene enjoy' ha dah tu maksudnya.. tunggu dah tua baru nak beramal ke?cuba kalau kita x sempat tua,nyawa kita dah di cabut,camana plak tu?huhuhu~


Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut..




oh ye, sedang aku google2,aku terjumpe artikel ni..harap2 dptlah di renungkan bersama yea..


One day all of us will depart on a journey free of cost.
Don't worry about seat reservation.
It is confirmed and the flight is always on time.
Our deeds will be our luggage.

Let's ask ourself.
Whether our luggage is heavy with good deeds or light with sins.
Ask ourself again.
Whether our luggage is heavy with sins or light with good deeds.
Islam is our passport.
Kalimah as our visa.
and Grave as our waiting lounge.
May all of us travel in 1st class

*******



Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada allahyarham dan juga sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.


p/s:s
esungguhnya yg semakin dekat dgn kite setiap hari ialah mati =|