Thursday, December 18, 2008

TABARRUJ

setelah lama x tulis ape2..harini saya ingin berkngsi dgn anda semua.terutamanya kwn2 perempuan saya,satu topik yg sll saja di bncgkn..tp masih teguh menebal sikap ni dlm diri kita..

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di
bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).

dr artikel yg saya dpt..sy blh buat konklusi..

Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan mmperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan
mereka.

- Tabarruj yang diharamkan ialah:
  • Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
  • Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
  • Bersolek dan berhias belebihan.
  • Menggunakan alat-alat solek / make-up.
  • Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

- Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj

Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.

Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah tabarruj.

Termasuk ke dalam istilah tabarruj lagi ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
  • Mencabut atau menghilangkan bulu muka(Boleh bagi yang berkahwin untuk suami)
  • Mencabut dan membentuk alis. (Boleh sekiranya alis yang asal hodoh dipandang)
  • Memerahkan muka. (Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.)
  • Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan
  • Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
jd,secara umumnya, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.

okay kwn2,saya ni bukan lah yg terbaik pun.saye cuma terasa nak berkongsi dgn kamu semua ape yg br saya tawu ni.mmg slama ni kite dh sll d dedahkan dgn isu2 cmni..tp mgkn istilah ini br pertama kali di dgr..wallahualam...fuhh..ini semua utk perigtn kpd dri saye sndri jgk..ok lah..harap2 post ni mmbuatkan kamu-kamu semua dan saya sendiri berfikir pnjg yea..huk3 =.=

setakat sini je post saya kali ni.slmt bermuhasabah diri.salam :)

4 comments :

Unknown said...

haha...aku xpakai mekap kan nad..huhu.. pakai bedak pun bedak serbuk tu je..hahahahak...

faragadisbiasa said...

post yang amat bagos.terima kasih kerana mengingatkan.huhu~
teruskan post bnde2 yg mengingatkan seperti ini!^.^

Leha Kebaya Jarang said...

thanks!
mengingat-kan aq yg jahil ni
lgpun nak solat susah dowh
klu pakai make up
mcm membazir je beli
last2 kena cuci gak
jeng jeng jeng

donad said...

same2 sume :)
ala,kite pn post ni sbb nk share ape yg kite dpt

tu je.kamu mau post artikel2 cmni juga pn boleh :)