Wednesday, June 30, 2010

kisah tiba-tiba saya

tiba-tiba malam ahad tu nesh ajak kerja kat ARCHIDEX.buat yg taktau...archidex tu ialah architecture and interior design exhibition.

tiba-tiba saya rasa macam menarik je benda ni

tiba-tiba saya mintak permission kat parent saya untuk kerja

tiba-tiba diorang pun bagi(wah,ini sangat rare.dulu bukan main mereka susah nak lepaskn saya bekerja sambilan.huu -__-')

tiba-tiba dapat info yang hari isnin ada interview

tiba-tiba saya susah hati sebab saya takde transport

tiba-tiba saya menebalkan muka cakap kat kelly nak tumpang

tiba-tiba kelly kata ok je.wah,terharuu~

tiba-tiba hari isnin tu masa nak g interview,bella last minit cancel.sebab dia bangun lambat.sheesh~

tiba-tiba bila dah sampai lrt gombak,diorang ni xsampai2 lagi.padahal rumah diorang kat batu cave je.hurmm

tiba-tiba diorang pon sampai.masa tu dah nak dekat kul 11.interview pukul 11

tiba-tiba call miss peggy(person incharge tu) dia kata ekceli interview kul 12.dia saja mention kul 11 sebab tawu dah kitorang akan lambat.huu.terer ah -__-'

tiba-tiba bila dah sampai setapak(tempat interview tu), rupanya kitorang just kena baca 1 paragraph essay bi ngan typing test je.takdela seperti interview yg aku dok bayangkan selama ni.hehehe.kejap sgt kot 'interview' tu,pukul 12 dah settle semua.

tiba-tiba diorg ni ajak gi makan kat sungai wang.ok.makanlah kat kedai mamak tepi tu.

tiba-tiba diorang ni kata, 'jom, tengok wayang'

tiba-tiba aku tak membantah. sebab nak tunggu abah balik dari ofis pun kul 5.so,boleh la lagi.

ok,skip2 part tak penting.

tiba-tiba hari selasa diorang call,cakap saya dapat job itu

tiba-tiba hari rabu ada briefing pulak kat klcc convention centre.

tiba-tiba bella cakap hari rabu jugak kena g dewan tun sri rahah kat menara tun razak.bayar deposit untuk AGD

tiba-tiba saya pun bersetuju untuk ikut walaupun petang tu ade briefing.huhu.saya rasa cam sempat je~ and memang sempat pun tapi terlewat 20minit sampai kat tempat tu sebab smpai klcc g makan ngan solat dulu baru gi briefing

tiba-tiba masa briefing terjumpa muajan time briefing

tiba-tiba dapat tau nesh x dapat job.omg,kesian gile.dahla dia yang introduce job ni kat kitorang.huu..next time k nesh =)

tiba-tiba tjumpa senior kat klcc.diorang jadi volunteers for PAM..ade kak jah,pi'ei, kak elmi,hazim, dan beberapa orang lagi yg taktau nama.hehe

tiba-tiba esok (kamis) dah start keje.

tiba-tiba saya rasa ngantuk sebab penat sangat harini.huuu

tiba-tiba saya cakap babai kat pembaca semua.

Tuesday, June 29, 2010

rindu dahh kt mahalah aminah

ok..seriously tade mood nak update sekarang ni.bad mood je.orang yg kita harapkan boleh cheer up kan kita,tibe2 buat kita sedih jugak.hmm.mmg perasaan camtu,rasa cam haram sikit.urghh -__-''

ok.ni post yg dah tulis last week tp tak terpublish lagi.so meh nak sambung blk yea..huhu,macam biasa laa..dah habis je semester..mula la aku nak rindu bilik.padahal haritu die jgk yg complain macam2 =p

lepasni tade dahla aku nak dapat duduk kat apartment mahallah aminah.hehe.serius best duduk kat sini..selesa cam duk kat rumah.cuma mungkin akan lebih enjoy kalau duduk dengan member2 kite. sebab dia bukan compartment sorang2.dia share dua orang.lihat gmabar.


walaupun kena bersihkn toilet sendri, aku tetap suka jgk bilik ni sebab dia best.takyah jauh2 g toilet..kalau tak mesti kena ade orang kena temankn aku g toilet memalam..huu..takot kot kalau nak g dalam kul 3-4 pagi.hehe

pastu basuh baju pun x yah risau baju akan basah disebabkan baju basah orang dari tingkat atas.tapi still x best jugak sebab tempat sidai ni cam indooor.so xleh la nak kena cahaya matari sgt.huhu..pendek kate,seme pun bestlah.kecuali tangga dia yang banyak sgt tuu.smpai sekarang tu je bende yang aku x suke.huuu



and paling penting..lepasni tade dahlaaa malam-malam dengar abang cafe dok cakap kot mic ; nasi goreng kampung siapppp! haha.

view dari bilik


ok,sekian.babai aminah.babai semua~

Sunday, June 27, 2010

graduation,graduating

ishh..sedih pulak baca post2 phy..huhu..tahniah yer kat budak2 3rd year semua.dah nak grad dah korang kann.gd luck in ur future undertakings! =')

walaupun sape je budak 3rd yr yg bace blog aku ni..haha,nk jgk buat post utk dierg.uu..takbestla jd senior.takuttt! >.< pastu nanti grad plak.time tu umo 21.woahh,awal!haha.jgn jeles plis =p ok,lastly..gud luck seniors!bosan2 dok umah,dtgla melawat kaed.hehe \(^_^)/



p/s:ok,nak jgk tu selit taruk gamba aku pkai jubah grad masa tadika ngan form 5 dulu.ngeh3

Friday, June 25, 2010

dear,

what we really need is..
























communication.seriously.
the end =((

Wednesday, June 23, 2010

personaliti kita mengikut jenis darah

Menurut sebuah institut penyelidikan di Jepun yang menjalankan kajian terhadap jenis darah, mereka menyatakan sesetengah personaliti bertepatan dengan jenis darah yang berkaitan.


O

Anda merupakan seorang yang ingin menjadi pemimpin. Apabila anda ingin mendapatkan sesuatu, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Anda juga merupakan seorang trend-setter, setia, bersemangat, dan konfiden dengan diri anda. Kelemahan anda ialah suka bermegah diri dan kuat cemburu serta mempunyai kecenderungan untuk menjadi terlalu kompetetif.

A
Anda sukakan keharmonian, keamanan dan lebih tersusun. Anda mudah bekerja dengan orang lain, sensitif, sabar dan penyayang. Antara kelemahan anda ialah kedegilan dan ketidakupayaan anda untuk berehat.


B
Anda merupakan seorang yang agak kasar, lebih jelas dan berterus terang dalam melakukan sesuatu serta suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri. Anda kreatif dan fleksibel serta mudah beradaptasi dengan suasana persekitaran. Namun, sikap anda yang terlalu bebas mungkin menyebabkan anda keterlaluan dan inilah kelemahannya.


AB
Anda merupakan seorang yang cool dan terkawal. Kebiasaannya anda disukai dan selalu menyebabkan orang disekeliling anda berasa senang. Anda juga seorang yang mempunyai keupayaan untuk menhiburkan orang lain. Namun, anda selalunya mempunyai masalah dalam membuat keputusan

ok,and lepas google banyak-banyak pasal personalti orang mengikut jenis darah ni..i found this cartoon.omg..macam betul je semuaa ni.seryeslyy..korang pulak cane?

yes,aku suke jenjalan bila kat satu tempat tu =))



haha.ok,teruknya budak blood type B ni.tapi aku tak ceni.kan kawan2?


ok next picture:

oh this is soo truee..aku jenis x kesah sangat kot kat bende yg aku dah buat(tak perfectionist la maksudnyaa).asalkan siap je bende tu.nak2 lagi project =B


anddd,talk straight to the point is soo me jugak.haha.kalau aku tak suka orang smoking,aku akan cakap terus depan dia.ngehehe.sorii ye sesape yg terasa tu =p


HAHAHAHAHA



again,ini pun betul.aku selalu tertinggal cite.macam masa multidip dulu..diorang selalu berciter2 tapi aku mesti cam lost jap. cam..eh?ape korang cakap ni.. -__-'



anddd lastly.ni pun sangat truee! seryesly..aku taktau nak handle keadaan kalau dah jadi complicated.



ok.ok..ade lagi 1 artikel ni..pasal diet2 yang perlu kita ikut mengikut jenis darah masing2..kalau rajin g la cekidaut blog ni.tak larat aih nak copy paste semua=p

p/s:click gamba utk tgk cartoon ni dgn lebih jelas =)

cad 3D

hai kawan-kawan..so inilah outcome artlantis yang saya buat sepanjang demam haritu.sebab baru-baru lagi belaja so mungkin nampak biasa-biasa bagi yg pro-pro di luar sane tu.ade komen,silekan.nak tunjuk ajar cane nak buat rendering yang lebih gempak pun bolehhh.sangat di alu-alukan.kate pun newbie -__-


ok,tengokla nombo plat kereta.semua ade nad 14.hehehehehe.verangan sekejap ^_^


ade maid tgh vacum lantai wooh kat rumah ni.jgn memaennn


ohh,lupe nak cakap..rumah ni atas bukit tepi laut..sebab kan rumah tu sangat tinggi la dia buleh nampak tahi bintang dengan jarak yan g dekat seperti gambar di atas.hehe =p


ok,tak suke render scene malam indoor.sebab lampu-lampu yang di place kan tak berapa nak cantik.wuuu -__-

siap bole ade hot air balloon agy kott


ni dalam pc laen.bile dah render cem lain pulak jadik kaler die..huh..tapi sebab dah x larat nak layan artlantis ni.so biakan je anta yang ni =.=


ni pun kejap je adjust2 setting.sebab bro badli nak tutop cad lab da.hoho.seriusly terimakasih b anyak-banyak kat bro badli sebab die stay jugak kat cad lab sampai kul 11 malam sebab nak jaga lab tu.mane tau dia ade anak yang masih bersekolah.kan last week masih cuti sekolah..tengok,dia dah korbankan masa untuk anak-anak dengan kerja overtime kat kaed.huuuu..cuba bayangkan kalau dia tanak overtime and kita semua kena buat dalam masa 8am-5pm tu..mane nak sempat kann?haa..so sebab tu la nak time kasih banyak2 kat die.toce2 bro -__-

and last but not least..ni la scene feveret saya.sebab ade kapal lanun?nehi.nehi~
sebabnya: saya suka awan senja.cantikkk!plus dgn blaja rendering air yg terbaik dari wewe si pelat.hohoo ^_^
so itu sajorh kalini.babai!

p/s:aaarghh..baru nak post pasal personaliti ikut jenis darah.tengok2 mar dah post..tapi seb baik mar punya topic pasal diet2 ikut jenis darah..ok,tunggu post esok! =)

Tuesday, June 22, 2010

lagi pasai driving

eeek.kenapa banyak sangat halnye dgn isu kete & driving ni -__-'

kadang-kadang pernah tak korang bawak kete pastu kete depan korang slow gileeeeerr..padahal tade kete pun depan die and takde traffic light mahupun bonggol kat depan.kenapa bawak slow sgttttt??ee..tencen betul.bukannya ade pape pun.nak kate budak P takde pulak lekat sticker hurup P warna merah tu kat kete die.ergh.membencikan betul.

lepastu satu lagi..cam bila kita kat T junction.pastu kita nak masuk lamain road ni tapi kite nampak ade satu kete ni.so kite mestila kena tunggu kete tu lepas dulu baru buleh masuk jalan tu kan..tapi tengok-tengok dia masuk kat junction kita tu..o mann..geram betull..tak reti bagi signal keeee??tunggu sikit punya lama kat tepi tu nak bagi kete kau lepas dulu..pastu dah la kau dengan bawak macam nak makan angin pun dengan gumbiranya amik corner.tak ke geram?heeshh.membencikan nombor dua -__-

oh,oh..lagi satu..haritu mase makan kat awe ade satu kete ni gostan laju gilerr tak tengok lansung kereta aku yang ade betul2 berape sentimiter blkg dia.eee..ni lagi membencikan betul.satu,memang dah salah dia.tak tengok belakang dulu before gostan.so aku expect dia akan masuk balik parking tu or at least kalau degil nak teruskan jugak kua parking,angkat la tangan sebagai tanda sorry ke ape ke.tapi tak.dia lagi gostan..weyy,kalau calar kete memang cari nahas la kan.dah la cemtu kan..die siap dengan bagi jelingan tajam lagi tuu dari dlm kete.dengan jelingan yang cakap mcm ni 'wei, kau belakang sikit kete kau tu boleh tak,tak nampak ke aku tgh reverse ni?'.dem.aku pulak yang kena reverse kan.bencinyaaa samseng cmni!! >.< umm, ingat yer kawan-kawan,jarak selamat masa driving:at least kite nampak tayar kete depan.ye inilah pesanan dari pemandu skema =B

den..masa nak clearkan gamba2 dalam fon,tjumpe gamba ni..

ni masa gi kelantan tu.haha.baru tau,itik tu termasuk dalam ciri-ciri unggas..?wow~

cakap pasal unggas ni.teringat lak kat boo.UNGGA UNGGA! haha.ok,gud luck semua dgn result ungga anda.harap skor gila lah yea semua.kita dah usaha sebaik mungkin.sekarang jangan lupa berdoa plak! ^_~

fathers day

yaa,hari ahad lepas adelah fathers day.ingat lagi mase sekolah dulu..kalau ade event-event ceni..mesti time pendidikan seni kena buat kad.tapi dah besar-besar ni..x main dah aihh buat kad sendri.nanti adik aku mesti kata aku saving.hah.tanak saving sangat ehhh..beli laaa.beli yang paling mahal baru puas hati kauu.haha.

hadiah untuk abah tahun ni.simple2 jah.tak sempat nak plan hadiah/surprise gempak2.happy fathers day abah!ur d best *tebaboom2* =)

tapi tu la..bile teringat balik rasa nak gelak.sebab aku ingat lagi dulu-dulu kalau lepas event ceni,bia datang sekolah mesti tanya kawan bagi apa kat ayah dia

donad:safiyah,semalam hari happy fathers day..awak bagi ape kat ayah awak?
safiyah:kite bagi macam-macam gilerr..*sambil citer panjang lebar blablablabla*
donad:*amboi,die ni..tanak kalah gak tu* oh kite pun bagi macam-macam gak per...*terus jawab tanpa die tanya.haha*

selalunya cemtu la..masing-masing mesti nak belagak sape bagi hadiah lagi best kat ayah dia.dah la dulu-dulu aku dok ingat happy fathers day tu satu nama event.ok,contoh situasi dia macam..'ehh..kita sambut happy fathers day semalam kat KFC.haaa,best tak best tak?..awak mesti makan kat ehsan je kan kan.ee.tak bestnyee.ngehehe *ehsan ni kedai mamak kat belakang rumah aku* haha HAHA

uu malunya bila ingat balik benda ni dgn safiyah. :">

Monday, June 21, 2010

cuti semester tiga. dan demam

salam!selamat bercuti semuaa.woohh..lamanye x update vlog.nak wat cane..lepas je 3hari yg memenatkan last week,saya jatuh sakit.wah,ayat..hehe..demam panas.yang paling lama pernah saya kena.6hari -__-' memang xlarat nak buat ape kott.badan panas.nak makan xlalu.nak buat keje xlarat.pendek kate hidup terperap jela dalam bilik tu.huuuu.bosann sgt.nak balik tak buleh plak sebab nak siapkan cad3D.ngan nak baca2 untuk peksa unggas ahad kemarin lagii.waaa T_T

ok,igt tak last post ade tulis pasal aktiviti2 weekend tu?haaa..penat tu la yang buat badan ni jadik lemah.terus demam.aihh,budak kuat demam btl kamu ni nadia~ (gamba jadi pengapit pengantin and event masa amik hadiah contest PALMERS kat pejabat the STAR tu,nanti saya upload dlm post laen naa..)

1st day demam: pagi tu dah rase semacam dah tapi gagah jugak ni nak g kaed.cad lab.buat assignment.tapi balik je dari cad lab..rase sgt tak larat dan terus tidoq smpai malam.bangun je rasa panas sgt tepaksa mintak rumet bawakkan gi klinik uia.erm..tawu2 la klinik uia camana kann..dia just tny kita sakit ape..and bagi ubat.tak check sgt pun.huhuuu~

ok,pastu hari rabu sekali lagi rasa tak okey.g klinik lagi..and sebab baru sangat gi..so dokter tu baru aa rase2 gelabah sikit.so die pun amik darah sebab takut denggi.wuu.mase tu dah pasrah giler dah.tanak siapkan cad.tanak amik ungs.sebab cam x sempat je nak siapkan before time -__-


ok.tapi perasaan je tu.padahal badan ni masih tercongok depan pc ngadap artlantis

oh.oh! luckily result blood test negative.huhu.balik bilik..rest la balik.sape-sape yang jumpe aku masa last week memang akan sedar lah suara ni dah tukar.and ade one time tu atira call tanya pasal ungs..tapi suara ku xkuaq.atira tanya: u kat class ke?nape bisik2? wuu..nak nangis time tu..padahal suara dah paling kuat dah time tuu T_T

emm.

so, hajat di hati nak saving di akhir2 sem tak menjadi sebab time sakit ni laa kena beli 100plus..ubat sakit tekak lagi.hadoi laa..takpe laaa,saving next sem la pulak -__-


ok terima kasih banyak-banyak kat semua org yang concern kan saya masa saya demam.yang msg tanya kabar.call.dan melawat kt bilik.walaupun korang cakap 'ala siannya nad demammmm' tu pun dah buat aku hepi sikit.hehehe.sebab ade org ciankan aku =p

kadang-kadang,aku wonder..kalau aku sakit sampai masuk hospital..ade orang nak datang melawat tak..bawak belon tulis 'get well soon'.instead of buah-buahan atau bunga2.hehe.come on..sape yang tak ter-cheer up kalau dpt belon cemtu kan..comel! =)

ok,till then..tata~banyak bende nak citer kat vlog ni.so,stay tune ^_^

Friday, June 11, 2010

aktiviti

banyak bende kena buat.best2 \(^_^)/

1.palmers prize giving ceremony @ office the star, PJ
2.wedding sepupu.sebelah lelaki pulak @ kuala selangor
3.archustic @ UKM

semalam baru pegi BROGA.wiii.penat tapi bestttt.awesome2.haha.ok,citer next time.banyak bende kena buat ni.tc.salam~

Tuesday, June 8, 2010

review lagenda budak setan


haha,ok kena tipu.aku nak review cerita trip balik kampung dari kelantan yang penuh dengan halangan yang tak sudah-sudah laaaa.wahaha.sorry.kalau nak baca,g tgk blog hajar ke sape2 ke =p
Pagi ahad tu kononnya nak gerak awal pagi la kan..tapi tau2 jelaa kalau dah r amai-ramai ni susah nak kawal sket.sorg ni siap lambat,sorang ni bangun lambat,sorang ni makan lambat.last-last kul 11 lebih jugak la bertolak.by this time cad 3d aku dah siap.cuma tak taruk site je lagi.tapi bella ade cakap yang bro suhaimi cakap takde site lagi pun takpe asalkan anta.tapi aku degil.nak gak ade site tu..so x hantar la lagi.bajet 5jam je perjalanan nak balik taiping.tapi.tapi.teng teng TENG!


Ni apa yang jadi.


Kul 1130-gerak gi rumah mak pakcik mudin.dekat mana aku tak hengat sebab tido sepanjang dalam kereta.penat T_T. Sampai sana around 1.tu pun singgah kejap je sebab taknak sampai taiping lambat sangat.


Lepas tu diorang nak g rantau panjang pulowk.haaa,rantau panjang ni tempat duty free.so aktiviti utama mestila shopping~ again, sebab taknak sampai lambat.masa untuk shopping kat sini cuma sejam je.(230pm -330pm) tapi malangnya cane tah dua kereta tercicir dari konvoi.so agak kalut di situ.satu tunggu kat sini.satu tunggu kat sane.last2 settle jumpe kat Jeli. kan.senang.sebab mase tu nak dekat kul 4 ptg dah pun(tunggu-menunggu punya pasai)

nilah dia.dah sesat,boleh lak sampai kat sungai golok~ -__-"




Kt Jeli benti semayang ngan makan tengahari(kul 6.tengahari?) kena jugak stop by sebab yelah kan konvoi beramai2.ade orang yang umoq dah sampai 80++ dia mana buleh tahan duk lama-lama dalam keta.kan?aku dah risau dah time ni.kalau asek stop2 je cane nak sampai kampong before 12am?sempat ke nak anta cad tu..huhu



Aku try la guna broadband sepupu aku.dem.takde line.aargghhh.tencen.tapi aku positif.rilek la..ada 6jam lagi.sempat ni.sempat2~ so teruskan la perjalanan yang masih agak jauh nak sampai final destination nya..sekali tetibe ade salah sorang dr rombongan 4kete ni ceri beri(diarrhea) pulowk.erghhhh.so stop la lagi skali.kali ni kt gerik lak..pastu ade dua tiga orang lapaq pulakkkkk..aaa..dan2 semua nak time niii >.<



time tu dah kul 9mlm.so benti la dinner kat 1 restoran tepi jalan ni.ten gok-tengok rupanya resotaran riz aAF.hehehe.alah,dia takde pun.haha. ok, time tu jgk la aku rasa memang dah siap la kot skecap aku ni..so bole la anta..tgk2 brodben masih xleh guna..ah sudahhh.. kena carik CC plak kat bandor gerik tu..


cari2 jumpa pastu upload laa..amik masa sejam la gak.apa ni.CC pun lembap.bek takyah.heesiihhh.dah la dalam CC tu tengah kecoh dengan budak2 main game online.aa.jerit2 la pulak kann..pastu ade sorang budak hindu ni hilang henfon pulakk.parent dia datang dok marah2 owner CC tu.memang kalut habis laah.tencen aku duk dalam tu..aku dh buat 4kete menunggu(22orang) huuuu..rasa bersalaaaaaaaaaaaaaaaah sgt2~

yaa,inilah rombongan kitorang.yg terpakse tunggu ade sorang budak ni nak upload assignment cad3d dia.heeishh..budak betuah mana la tu -__-'


pastu dlm kul 1030 cmtu bila dah settle baru teruskan perjalanan balik..tapi kali ni tinggal 3 kereta je.lagi 1 tu nak balik KL terus.sebab dah alang-alang kan.so bai bai kat kereta naza kia.


Wii,tinggallah 3 kereta.sebab nak cepat sampai,lalu la jalan yang bengkang bengkok tuu.yang takde lampu jalan lansung.yang takde perumahan lansung tepi kiri kan an.wuu..sangat scary..tengah2 hutan tebal kottt..ya rabbi,,pening pale rasa nak muntah sangat2!!!aku memang alergik jalan bengakang bengkok ni.selalu kalau nak lalu jalan cemni kena tido.baru x de perasan mabuk loya segala~.

Klimaks cite..
jeng..jeng JENG!!!


time tu gak laa ade org ni ceri beri lagii..ahh sudahh kena cari tmpt stop..kata pun kat tengah2 jalan yg di kelilingi hutan tebal.xde rumah lansung.gelap gelita.x de lampu jalan.memang serius takut.so terpakse la kua balik dr jln bengkang bengkok tu untuk cari pekan kecik sebab nak melepaskn hajat.sebab yg ceri beri tu dah nangis2 sakit sangat.eerrghh T_T

.so stop by plak kt pantai besar.lepas dah settle tu,baru la teruskan perjalanan balik kg dengan tenang.akhirnya kul12 jgk la ktrg sampai.penat woo 12jam dlm kereta T_T


aku lega sebab hanta cad kat grik tadi.walaupun dah buat 22 orang menunggu kat kedai makan.kalau nak tunggu sampai kampong,memang xsempat la kan.tengok la kul berapa sampai?.wuuu


Gituwlah cerita halangan tak sudah aku sepanjang trip Kelantan ni.ops.ops.ingat dah habis ke?haaa..igt tak lagi 1 kereta yang dah bertolak balik KL tu?haaa..masa dalam 1230 cemtu diorang pulak tepon.tayar kereta pancit kat kuala kangsar.dahla yang dalam kereta tu ada paklong(yang drive tapi kaki baru lepas operate.so berbalut seblah), atuk Melaka yg memang dah tua dan tak larat,aizat( budak baru habis spm yang lessen keta pun takdak lagi.ngan 3 lagi sepupu perempuan aku yang semua pun taktau nak tuka tayar keta.jeng3.


Seb baik dpt guna telepon kec emasan plus tu.so,org PLUS pun datang lah tolong tuka tawyar.diorang pun teruskan perjalanan.TAPI.tapi.lagi sekali..dalam pukul 3-4 pg cemtu tayar kereta tu panc it lagi.waaa..sangat kesiannnn.naseb baik mase tu diroang dah nak dekat sampai KL.so,senang nk dpt bantuan.huhu..lepas tuka tayar tu lagi sekali.. semua nya berjalan lancar lepas tu.alhamdullilahh T_T


Kenapa eh banyak sgt benda jadi haritu?kitorang pun musykil 0.o


So moral of the story:


1.jangan cari orang jauh(bak kate makc ik2 aku).tengok.kan dah macam-macam hal jadi.


2.jangan makan main bedal je semua(contohnya;malam bbq tu) tengok,kan dah semua nak c eri beri.haa,sebenarnya banyak kali je lagi kitorang s top by kt petronas.shell sepanjan g jalan.semua sebab setiap org ceri beri.huhu.dashyat tak dahsyat~




p/s;atuk Melaka senyap jee s epanjang perjalanan.tak banyak kerenah.suh tangkap gmaba buat peace pun dia buat.sangat sporting dan lawak. T_T kan sepanjang dalam perjalanan balik Kelantan-perak-kl-melaka tu dia tak cakap pape kan..?tapi onc e dah sampai rumah, dia kua kete pastu cakap sorang2, ‘nak patah pinggang aku naik kete lama-lama’ hahaha.comel je nak ngomel2 =p

Monday, June 7, 2010

karangan zaman sekolah

korang pernah tak masa kecik-kecik dulu kalau ada pegi vacation mana-mana pastu cikgu/ parent korang mesti suruh buat karangan bertajuk 'cuti pertengahan tahun saya’ haha.so meh saya nak citer jugak ‘pengalaman cuti bersama keluarga di kelantan’

tapi nak warn awal-awal.post seterusnya ni sangat panjang.sebab saya nak citer in detail everything from a to z.so apa lagi..gi dapur sekarang..amik kerepek. pastu baru mula membaca.yey!~ -__-‘

trip kelantan

Ok lastly ada mood dan masa untuk menulis pasal trip Kelantan.huahh..lepas 2minggu T_T

Kitorang bertolak dua kereta pagi jumaat.pukul 5pagi dah gerak dah.lagi dua kereta dah gerak malam kamis tu.tapi pergi balik kg kat perak dulu..amik makcik2 kat sana.

Semua 4 kereta sampai dalam tengahari kat Kelantan.sampai2 je pergi rumah pengantin terus sebab nak amik kunci guest house yang diorang dah book-kan untuk kitorang semua.makan keropok lekor pure punyaaa.sedap kot.takdenye cam yg kat sini.banyak tepung

Hihi.ok,so abg ngah dah selamat di nikahkan dgn kaklynn malam tu.happy moments.angah yg selalunya gagap tetibe masa akad nikah tu tak gagap.semua orang punyalah risau pasal tuu.heheh.excited la tuu..

Lepas nikah,pergi rumah pengantin lagi sekali.diorang nak jamu makan malam.lauk pun agak tak familiar dengan kitorang.yelah,kalau belah2 sini selalunya makan ayam masak merah, dalca la ape la..camtu2 la.tapi kat situ,x tau la ape nama lauk dia.tapi ok lah jugak.hehe

Pastu adik bongsu pengantin ni datang dekat aku.ingat nak melawak ke apa la kan.sekali dia kentut straight depan muka aku.aku terkejut.ingat dia main-main melawak ke apa sebab sebelum2 tu dok mengendeng2 aku jeaa..fine.memang nak tergelak jela.kena buli ngan dak kecik T_T

Esok siang baru kenduri pulak.tapi malam tu sebab dah ramai sangat dalam guest house tu, kami 1 family pegi tido kt chalet pakcik mudin.kat bachok.wooh seronok kott..betul2 tepi pantai.and of course lebih selesa sebab tak pack sgt =p

Sabtu pagi takde buatpe sangat.cuma jalan2 kat tepi pantai makan aiskrim(pagi-pagi?haha) dengan jalan-jalan kat pasar siti khadijah.pukul 12 tgahari baru gerak pegi pasir putih(rumah kenduri dan guest house yg semua sedara mara duduk tu)

Agak lambat la sebab kenduri start kul 2.waa.baru ni.selalu kalau kat area sini tgahari la pengantin dah dtg kan.lepas makan-makan,tangkap gambar banyak2,kitorang pun balik . btw photographer wedding ni sgt best.try check photoaura.net.

Balik je dr kenduri,semua packing nak tdo kat chalet yg ktorang dah duduk tu.sebab malam tu nak buat bbq pulak.wiii.sewonok~

tapi sebelum tu petangnya kitorang main kat pantai dulu.haaaa.double wii~ sebab lama gile x mandi laut T_T kalini tak kesah dah masin ke kulit itam ke ape..asalkan dapat main air laut.hoho.dah la masa tu cam bnyak gila keturunan patrick starfish..haa,first time dapat pegang.geli!die lembik2 bile dalam air.once dah angkat kua,terus keras.wahahaha.kelaka~ =)

Bbq malam tu pulak kitorang make mace-mace.ayam,sosej, daging burger?, ketam, ikan pari dan macam-macam jenis ikan lah lagi, sotong, kepah, lala.ohem gi.memang kenyang gilaaaa kot.semua ni un pakcik mudin belanja.wuu.sangat pemurah.dah la chalet pun semua dia kasik duduk free je.hehe

Lepas je bbq semua pun dah ngantuk gila la kan sebab seharian buat macam-macam..pastu tetibe pakcik mudin ajak gi wakaf che' yeh.(cam downtown la) terus semua mata bersinar.tak jadi ngantuk.kul 11 tu kitorang 4 kereta gi la tempat tu.mak-mak tetap gagah tuu walaupun semua pakai baju kelawar.

Seronok la jalan-jalan malam-malam cemtu.aku jarang kot kua lewat2 malam cmtu.huhu~ -__-' .. sampai chalet balik dalam pukul 2 pagi gituw.berangan la aku nak siapkan cad kan time–time dah penat gile nii.haha

So mlm tu semua pun tdoq dgn lena.

Pagi ahad tu nak mandi2 laut lagi sekali(sebab pasni ntah bila lagi laa nak dpt mandi laut kan.huhu) den packing2 untuk balik taiping balik dah.di situlah mulanya journey yang banyak gila halangan tak sudah-sudah.wuu.ok..sambung lagi kat next post! ^_^~

p/s:gmbar upload kendian.slow sangat internet harini.nak upload kt c ad lab esok

Thursday, June 3, 2010

nak pegi bali free tak?

hai semua.salam.sorry lama x update.been busy lately.cewahh.busy apa?haa..itu yg kita taktauu..
sape pegi youth 10 haritu?best tak? ohhh btw, kelantan trip sangat bestttttt.nanti ada mood dan masa memang nak update la pasal trip tu..sekarang rasa macam malas-malas lagi nak tulis.wifi tak laju.xbest.

chop,chop.. sekarang..siapa nak pegi bali for free??haaa..klik sini dan anda boleh la mencuba nasib.kut-kut rezeki korang..hehe

umm.ok.take care ppl.dont miss me too much okie.haha bajet.gudbye!

p/s:baru tahu yang asal perkataan good bye tu sebenarnye god be with you.