ni dia mangsa terjah kita harini:encik P.H. outlet taipan USJ
kalini jugak aku nak kembalikan balik zaman kegemilangan aku blogging guna emoticon seperti post yang ni.ngeh3.sila refresh balik ingatan anda terhadap senaman-nadia-reka-sendiri ini
ok-ok pulang ke pangkal jalan.korang pernah rasa tak pizza yang baru tu?yang Fish King Pizza tu?haaa..
semalam aku pegi la makan pizza dengan adik beradik yg lain.semata-mata sebab nak rasa la pizza yang baru tu..sebab tengok dalam iklan kat tv tu buat kitorang semua macam dipanggil-panggil untuk makan pizza tu
malam tu kitorang dinner awal tapi masing2 dah pakat lapar balik kul 9.30malam.eleh tapi semua pun ego tinggi taknak mengaku dah lapar padahal aku ada dengar bunyi perut. haa.perut sape,itu yang kita tak tau.yela,last-last aku jugak yang kena ngaku aku lapar..cehlalu aku mengajak mereka bertiga juga untuk menyelinap kuar rumah untuk pegi pizza hut
lepas berkejar-kejar bersiap around pukul 10 sampai dan nasib baik rezeki menyebelahi kitorang.hehe.pizza hut tak tutup lagi.kenapa aku kena berkejar-kejar?haa, sebabnya haritu ada once kitorang pegi tu,kitorang sampai pukul 10malam, dia dah taknak amik customer sebab dah nak tutup.
since kitorang pegi pun cam dah lewat..so agak kosong dah la kedai tu.lagi laa senang nak tangkap2 gamba banyak untuk bubuh dalam blog ni.takde sape akan pandang pelik cam 'apesal jakun benar budak tiga orang ni makan kat pizza' huhu
erk,then datanglah waiter sorang dan bagi menu book tu.tanpa melengahkan masa,terusku order la Fish King Pizza itu.
(peh,nak tipu tak beragak lansung.padahal air dah sampai kat tepi tu.heh~) abaikan.asakan gmba besama buku menu mesti ade
sementara tunggu tu,belek2 la buku menu tu kan..bila dah bukak page Fish King Pizza tu dah takleh flip other page dah.betul ni tak tipu(ok, tipu skitla.takleh flip sebab page belakang tu cam melekat sikit) garhh-.-'
sambil tunggu-tunggu tu, aku praktis-praktis jugak photography skill(huiyo.haha bajet aku ade skill konon.takleh bla.sape jelah aku ni T_T).padahal sebab tempat tu memang dah cantik.tangkap camana-camana pun tetap cantik la kan.
pizza hut outlet kat taipan USJ ni yang first aku rasa ada tempat dine outdoor.specially design kepada sesapa yang rasa nak merokok sambil makan pizza.ada kipas besar cam kat kedai mamak tu tapi still cool untuk di-lepak-i.waa.ske hati je cipta ayat baru
ok then,sampailah soup of the day kitorang.aku penah cerita tak aku cuba buat sendiri soup of the day ni kat rumah.last2 tak jadi sebab rasa dia pelik sangat.last-last ajak mak pegi pizza je.kan senang.takdelah jadi batu belah batu betangkup aku x dapat makan soup haritu.kalau tak,takdenye dah dok tulis-tulis kat blog lagi.hehh~
andddd,last skali..Fish King Pizza pun sampai.Teng! Teng teng TENG!!! (Theme song cam dalam movie kua)
mata semua berpinar-pinar.eh,pinar ke sinar?ha..taktau2
tadaa!
oh em gii! nampak pun cam sedap gilaa ok.alaskan fish ni di import okeh.pastu ade ketam lagi tu pastu di tambah ngan perahan lemon lagi.uuuu~ sroot2 *bunyi air lemon menitik* bukan bunyi air liur meleleh ok.heppp.pukul dia.amboi,biasa tu imagine tak senonoh- tak senonoh
satu bende yang aku suke gila tu bila nak amik pizza kena angkat tinggi-tingi sebab ade bende berjela-jela taknak putus tu pe nama tah..haha,dia sangat lemak berkrim di sukai ramai.hoho.
yeah mari makan ye kawan2.uhh,adik beradik aku memang cemni.asal nak tangkap gambar je buat muka
rasa pizza tu pulak..ish3,toksah nak kata la..marvellous sampai boleh nangisok.terlebih sudah.tapi maksudnya di sini, sedap la kan ^_^
sebelum habis baik tangkap gambar dulu.
yes,as it is stated..memang so affordable lah.rm28 tak termasuk tax and boleh makan untuk 2-3 orang.lagipun kitorang dah dinner dulu before that kan.so set 1 is just fine with us.lepastu gi bayar bil pastu balik ke halaman rumah sambil nyanyi bila rasa gembira tepuk tangan.eh eh tak.balik dengan perut kenyang suke hati
ok,alang-alang takde orang tu, amik la jugak gamba depan kedai.nyeh3
so kawan-kawan apa lagi,cepat lah serbu pizza hut ni lai~lai~
ok,itu sajorh review kita pada harini
buhbye pizza hut.
p/s:aa,taktau kenapa tak buleh nak buat balik tulisan ni tak bold T_T
3 comments :
lapaaaaaaa
aaa... jahat sungguh!!! pergi senyap2.. xpe2.. ade ubi ade batas...
mira:g ajak ehem2 makan ^^
hajar:manede senyap2 gi.bising je -.-'
Post a Comment