Wednesday, May 19, 2010

cerita masa 11tahun

wuu..tetibe rasa nak mule ingat balik memori2 sekolah rendah aku.
masa darjah 6 dulu,aku jadi pengawas.jeng3.masa darjah 6 tu,aku masuk kena jaga blok A(blok kelas darjah 6 ngan pejabat pentadbiran segalaa) jadi masa rehat memang takleh naik la kan.aku betugas kena jaga koridor.tah pape tah tugas pengawas dulu-dulu.jaga tangga la,jaga koridor la.loser gila -.-' (tapi nak gak jadi tuu sebab nak markah merit.konon nanti senang la nak masuk asrama penuh.huihuihui)

kitorang(pengawas2) ni ada satu buku kecik sebesar tapak tangan yang kena hantar setiap minggu kat ketua blok. dalam buku tu kena tulis nama-nama budak yang buat salah. kalau lagi banyak nama yang kita berjaya dapat/tangkap,kiranya kita ni memang pengawas yg bagus la kan dapat cari kesalahan disiplin budak2 semua..tapi.tapi..aku bukan lah jenis yang selalu dapat tangkap budak.

ok, cane nak tangkap pun?aku bukannya kenal semua orang dalam sekolah tu.huhu..pengawas2 lain selalu dapat banyak je nama sebab diorang tahu nama budak yg buat salah tu.so diorang tak yah pegi dekat2 budak tu ngan tanya nama ngan kelas mana untuk di tulis dalam buku report kecik tu..huhu.mane aci..aku xkenal rmai org pun time tu.aku cuma kenal budak kelas aku ngan kelas seblah2 je (cheyy,tak berkembang lansung network) pastu budak2 darjah bawah2 aku x kenal lansung.(xtau camana aku buleh berkawan ngan s ikit org jer time tu.tak bosan la plak kann dok ngadap muka yang sama je setiap masa.yelah,masa rehat dengan orang yang sama, g sekolah dengan orang yang sama,kelas dgn orang yang sama.haihh.oh.oh, mungkin sebab aku lompat kot.kan aku penah cite masa kat skolah dlu,budak2 lompat xde sape nak kawan sangat sebab kitorang muda setahun dari diorang.kalau nak lepak dengan kawan seusia pun dah xboleh sebab waktu rehat kitorang dah tak sama.wuuu~)

ok,sambung citer pasal ke-tak terer an aku mengecam nama budak-budak lain dalam sekolah.so,ketua blok aku (fariq) selalu lah marah.ala,bukannya marah yang macam marah betul2 tu..marah dengan kereknya. yelah,orang ada kuasa kan.huhu~

de suka cakap kalau aku tak dapat tangkap nama lebih dari 3 orang, dia nak bagitau kat cikgu shahrul (cikgu disiplin) wuu..ugut-ugut pulak..dahla memang semua orang pun takut gila dengan cikgu shahrul tu sebab dia garang sangat.so terpaksa laa aku menjadi kejam.dengan meng-aim kawan2 sendiri untuk di tulis kan nama mereka dalam buku kecik tu.haihh.pembelot gile.haha =P

ala tapi kalau tulis nama dalam tu, bukannya cikgu amik tindakan keras pun.kalau serious punya kes je baru dia amik tindakan .macam harrasement ke..vandelisme ke..huhu..so,aku selalu la taruk kesalahan2 ringan kat member2 aku. macam bersembang semasa perhimpunan ke..tak pakai badge sekolah ke..kasut tak putih bersih ke..(huehuehue.aku selalu dpt tulis kesalahan cemni masa hari jumaat sebab dah last day sekolah,kasut semua orang pun dah kotor.he he he) ngan paling best sekali,amik nama orang yang bergerak masa loceng kedua bunyik.

ok,aku taktau la kat sekolah aku je ke yang ada sistem loceng kedua ni.masa sekolah dulu, pukul 730 loceng pertama bunyik.semua orang kena turun kat tapak perhimpunan.pastu nanti dlm 735 camtu akan bunyik lagi sekali loceng.masa bunyi loceng kedua ni,semua orang kena freeze. pengawas je yang boleh gerak.cool kann?kan??

hah..time tu nanti mesti ada budak yang akan curik2 gerak sebab nak masuk line kelas masing2 kang.kalau lambat kang kena marah.haaaaa,time tu lah aku catit nama budak yang bergerak masa loceng kedua bunyik.hahahahaha.dlm seminit -dua pastu bunyi lagi sekali loceng.baru semua orang boleh gerak.haha lawak kot.taktau la idea sape ni kan.

mase tu kawan aku dulu kejam.sebab ada sorang budak tu nak terjatuh.pastu tetibe bunyik dah loceng kedua tu.so die kena la freeze.nak tunggu seminit untuk unfreeze cam lenguh kaki je kan nak tahan,so budak tu pun gerak.pastu kawan aku ni amik la nama dia.HAHAHA(kitorang sama-sama desperate carik nama sebab selalu tak dpt tangkap banyak nama) -.-'

satu lagi benda kelakar masa sekolah dulu.kitorang ada territory untuk berjalan.sape masuk territory yg bukan untuk berjalan tu memang kena amik nama la jugak.ok,tengok gamba ni baru paham kot ape yang aku cuba maksudkan



warna oren tu territory yang kitorang boleh jalan yang putih tu,xleh jalan.so budak2 yang kelas kat blok D sepatutnya jalan ikut warna hijau tu.tapi sebab kena jalan jauh,diorang ramai buat shortcut macam jalan warna ungu tu.haa,kan kira dah langgar territory la tuu.faham x?

haha.ok.basically, itu jelah yang seronoknye jadi pengawas. ada kuasa nak arahkan budak2 biasa walaupun aku jarang menggunakan kuasa itu.hehehe, malas laa.orang bukan nak dengar cakap aku ponn.hahaha.

haa..kenapa tetibe aku teringat skolah rendah?haa..sebab kan ade iklan colgate yang masa tu ade pompuan anta anak dia g sekolah.pastu dari mana tah datang dokter gigi ni die cakap camni : 'puan, tahu tak gigi puan sedang di serang?' pastu pompuan tu cakap "tapi saya baru memberus gigi" haha..iklan tu die buat kat sekolah rendah aku =')

ada kena ngena ke?cam takde je.alamak.ok babai

2 comments :

Mardhiah said...

'buku kecik sebesar tapak tangan'..
buku 555 kn?
XP

donad said...

bukan.bukan.die besar sikit dari tu.kalau boh dlm poet blazer mesti terkua sikit :P