Friday, May 28, 2010

birthday

hari selasa tu harijadi mak.happy birthday mak =)
takdelah celebrate besar-besaran.cuma pegi makan-makan je.

sepatutnya plan nak makan kat fullhouse restaurant kat pyramid..tapi mak taknak.huhu.dah tau dah mak tak berapa into dengan western2 food ni.terpakse g tempat lain..so makan tomyam ngan lauk2 macam2 sajorh.hoyeh2.makan besar.i loikeee ^^.takpela, mungkin time besday aku nanti boleh bawak g makan kat situ? =)

ni la sikit preview gambar kedai fullhouse tu..macam best je kan~



(gambar-gambar amik dari blog orang)

comel kan?comel kan??haaa..tu yang aku nak sangat try makan kat sini tu T_T
emm,ada sape-sape penah try?best tak food kt tempat ni?


wuuu.okey.itu sajorh update untuk minggu ni.nak pegi kelantan da ni.takdak masa nak update blog time jenjalan.hehehhe.babai.salam!

p/s:jgn lupe tanya2 kat formspring tu =P

Thursday, May 27, 2010

cheer up ^_^

lately tengok update kawan2 semua down-down belaka..uhh.takmau la ceni.tak best~
baca la sikit pasal ni,insyaAllah mampu buat kamu rasa lebih baik =)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


sekali lagi,ayat ni amik from iluvislam.com ..best kot kalau baca web ni.ada banyak artikel2.try lah.till then.take care evribadi.salam =)

Wednesday, May 26, 2010

support malaysia

ade competition buat short video pasal democracy US buat kalau x silap.radzi ade masuk jugak tapi dapat sampai jadi top three je.so mamat linus chong ni la yg wakil malaysia untuk competition tu.support la bagi malaysia menang.

btw, linus chong ni salah sorang team buat filem yasmin ahmad.so, buleh agak la video die best.kot ^^

klik sini untuk support

dan ..

klik sini untuk tengok video dia

Tuesday, May 25, 2010

musim kahwin(lagi)

ee..kenapa semua orang dah tak update blog ni?wuu.xbest laa.xde thril dah aku nak bukak blogspot ni sebab selalunya xramai yang update. T_T

takpela,korang taknak cite-cite xpe..meh sini baca aku nak cite..next week sepupu aku, abang ngah akan berkawin.wee~ aku memang suke sangat kalau ade kenduri kawin ni.suke sangat.(haha,perlu la kan tekankan ayat suke sangat tu banyak2 kali =p) nak-nak bile orang mintak tolong aku hias2 untuk hantaran ke,lipat-lipat kotak nak bagi kat tetamu ke,tolong bagi bunge telur ke.hehehe

bukan apa,aku suka kalau berkumpul ramai-ramai ngan sedara mara.lagi2 bergotong royong buat keje same-same ni.best kutt.sebelum ni ada je 3-4 orang sepupu aku yang dah kawin.tapi aku x de chance nak tolong-tolong nyebok camni sebab mase tu kat asrama la ada program la..huhu.tawu2 balik kampung time raya je semua dah ngandung.huuu~

ok,bukan tu je..yang buat aku lagi suke ialah, bakal isteri abg ngah ni orang kelantan.maknanya kitorang akan gi kelantan weekend ni! double suka! aku tak penah gi kelantan kottt. ok,mak cakap penah la tapi mase tu kecik lagi sebab tu aku x ingat pape lansung pasal kelantan.myb kamis malam atau jumaat pagi-pagi lagi kitorang nak bertolak sebab nikahnya time malam tu.lepastu kenduri hari sabtu.lepastu jalan-jalan kat kelantan sampai hari isnin baru balik KL balik.wiii.sewonot2.naseb baik ungs takde class hari isnin tu =p

2minggu selepas tu pulak kenduri sebelah lelaki.and confirm rumah aku meriah sebab semua yg jauh-jauh nanti tido kat sini.wiwiwi.ok.cukup.kang hepi sangat kang korang mesti cam 'apehal dia ni, kenduri kawin je pun' -.-'

so, ni lah sikit sebanyak gamba masa weekend lepas.kitorang lipat2 kotak nak bagi kat tetamu.ada la dalam 1000++.dah macam pekerja kilang dah.sorang tukang gam,sorang tukang lipat,sorang tukang masukkan sabun dlm kotak tu~




ok,itu saje untuk kalini.selamat bercuti! ^_^


p/s: bila laa aku akan kawin yek?MyEm0.Com

Monday, May 24, 2010

my very own pizza moment

hoyeah-hoyeah.bertemu kembali kita dalam post ala-ala jalan jalan cari makan ni.(ala-ala?bila masa pulak aku pernah buat review pasal makanan?)heh.berangan je.okay, mari kita zass

ni dia mangsa terjah kita harini:encik P.H. outlet taipan USJ

kalini jugak aku nak kembalikan balik zaman kegemilangan aku blogging guna emoticon seperti post yang ni.ngeh3.sila refresh balik ingatan anda terhadap senaman-nadia-reka-sendiri ini MyEm0.Com


ok-ok pulang ke pangkal jalan.korang pernah rasa tak pizza yang baru tu?yang Fish King Pizza tu?haaa..

semalam aku pegi la makan pizza dengan adik beradik yg lain.semata-mata sebab nak rasa la pizza yang baru tu..sebab tengok dalam iklan kat tv tu buat kitorang semua macam dipanggil-panggil untuk makan pizza tu

malam tu kitorang dinner awal tapi masing2 dah pakat lapar balik kul 9.30malam.eleh tapi semua pun ego tinggi taknak mengaku dah lapar padahal aku ada dengar bunyi perut. haa.perut sape,itu yang kita tak tau.yela,last-last aku jugak yang kena ngaku aku lapar..cehMyEm0.Comlalu aku mengajak mereka bertiga juga untuk menyelinap kuar rumah untuk pegi pizza hut MyEm0.Com

lepas berkejar-kejar bersiap MyEm0.Com around pukul 10 sampai dan nasib baik rezeki menyebelahi kitorang.hehe.pizza hut tak tutup lagi.kenapa aku kena berkejar-kejar?haa, sebabnya haritu ada once kitorang pegi tu,kitorang sampai pukul 10malam, dia dah taknak amik customer sebab dah nak tutup.

since kitorang pegi pun cam dah lewat..so agak kosong dah la kedai tu.lagi laa senang nak tangkap2 gamba banyak untuk bubuh dalam blog ni.takde sape akan pandang pelik cam 'apesal jakun benar budak tiga orang ni makan kat pizza' huhu



erk,then datanglah waiter sorang dan bagi menu book tu.tanpa melengahkan masa,terusku order la Fish King Pizza itu.

(peh,nak tipu tak beragak lansung.padahal air dah sampai kat tepi tu.heh~) abaikan.asakan gmba besama buku menu mesti ade MyEm0.Com



sementara tunggu tu,belek2 la buku menu tu kan..bila dah bukak page Fish King Pizza tu dah takleh flip other page dah.MyEm0.Combetul ni tak tipu(ok, tipu skitla.takleh flip sebab page belakang tu cam melekat sikit) garhh-.-'





sambil tunggu-tunggu tu, aku praktis-praktis jugak photography skill(huiyo.haha bajet aku ade skill konon.takleh bla.sape jelah aku ni T_T).padahal sebab tempat tu memang dah cantik.tangkap camana-camana pun tetap cantik la kan.



pizza hut outlet kat taipan USJ ni yang first aku rasa ada tempat dine outdoor.specially design kepada sesapa yang rasa nak merokok sambil makan pizza.ada kipas besar cam kat kedai mamak tu tapi still cool untuk di-lepak-i.waa.ske hati je cipta ayat baruMyEm0.Com



ok then,sampailah soup of the day kitorang.aku penah cerita tak aku cuba buat sendiri soup of the day ni kat rumah.last2 tak jadi sebab rasa dia pelik sangat.last-last ajak mak pegi pizza je.kan senang.takdelah jadi batu belah batu betangkup aku x dapat makan soup haritu.kalau tak,takdenye dah dok tulis-tulis kat blog lagi.hehh~



andddd,last skali..Fish King Pizza pun sampai.Teng! Teng teng TENG!!! (Theme song cam dalam movie kua)

mata semua berpinar-pinar.eh,pinar ke sinar?ha..taktau2 MyEm0.Com
tadaa!

oh em gii! nampak pun cam sedap gilaa ok.alaskan fish ni di import okeh.pastu ade ketam lagi tu pastu di tambah ngan perahan lemon lagi.uuuu~ sroot2 *bunyi air lemon menitik* bukan bunyi air liur meleleh ok.heppp.pukul dia.amboi,biasa tu imagine tak senonoh- tak senonoh

MyEm0.Com <------gaya tengah membebel



satu bende yang aku suke gila tu bila nak amik pizza kena angkat tinggi-tingi sebab ade bende berjela-jela taknak putus tu pe nama tah..haha,dia sangat lemak berkrim di sukai ramai.hoho. MyEm0.Com



yeah mari makan ye kawan2.uhh,adik beradik aku memang cemni.asal nak tangkap gambar je buat muka MyEm0.Com

rasa pizza tu pulak..ish3,toksah nak kata la..marvellous sampai boleh nangisMyEm0.Comok.terlebih sudah.tapi maksudnya di sini, sedap la kan ^_^



sebelum habis baik tangkap gambar dulu.

yes,as it is stated..memang so affordable lah.rm28 tak termasuk tax and boleh makan untuk 2-3 orang.lagipun kitorang dah dinner dulu before that kan.so set 1 is just fine with us.lepastu gi bayar bil pastu balik ke halaman rumah sambil nyanyi bila rasa gembira tepuk tangan.MyEm0.Comeh eh tak.balik dengan perut kenyang suke hati MyEm0.Com


ok,alang-alang takde orang tu, amik la jugak gamba depan kedai.nyeh3MyEm0.Com
so kawan-kawan apa lagi,cepat lah serbu pizza hut niMyEm0.Com lai~lai~


ok,itu sajorh review kita pada harini
buhbye pizza hut.MyEm0.Com


p/s:aa,taktau kenapa tak buleh nak buat balik tulisan ni tak bold T_T