Friday, December 4, 2009

holiday sem ini episod 1

annoying tak sekarang ni sikit2 nak buat entri ade episod2 bagai.ingat drama nurkasih ke ape~

so,last week kitorang satu family pegi holiday kat hk and china..ikut pakej muslim poto travel.pergi hari sabtu,21nov..terasa cepat sgt2 sebab baru je blk dr uia hari selasa tu..flight haritu kul 9 pagi dan perjalanan ke hk amik masa 4jam*sama cam balik penang je =p*

masa kitorang pegi tu,temperature 10-17 degree*seperti yang di-google malam sebelum bertolak*..sejuk la jugak..tapi aku eksyen,x bwk baju tebal sebab..alah,temperature taraf aircond kat rumah je..sekali,hamik kau,sejuk ketaq..tdo pun pkai stokin ngan glove *ok,aku x tahan sejuk.adik badik aku biase je* =.=" ..kat sini waktu dia sama je dengan msia..cuma malam dia cepat.pukul 5 je dah gelap dan maghrib

sampai kat sane kul 1p.m.and settle amik barang,knl2 tour leader and group,imigration,smpai lah kat hotel nak dkt kul 3..dkt hk,makan x include dalam pakej..so lps rehat2 kat bilik,kami 17org pergi cari makan.masha-allah,susah btl nak carik makanan halal.kaki sampai dah lenguh nak carik..at last,dlm kul 5 jumpa satu kedai org pakistan yg ckp cina.err err.mknn sgt mhl ok..nasi goreng ayam samadgn rm30 duit kita.huhu

ni stop kejap lps penat jenjalan x jumpa kedai makan

okeh,lps je mkn kitorang gigih nak g temple street market.nak g situ boleh je jalan kaki tapi jauhla dan memandangkan orang2 dlm trip ni rmai yg berumur,maka diorang nak naik MRT hk..okay kalut gila tau nak beli tiket die.sume mesin jer..xde kaunter untuk beli tiket..dah la semua orang pun duit x pec ah lagi..yela..x shopping apa pun lagi..so,susah la nak beli tiket yg kena guna duit shiling je.hish..naseb baik ade jumpe orang yg boleh tukar kan duit syiling untuk kitorang..huhu..kat stesen Ham Hock tu,penuh giler dgn orang..pening pale aku bila ramai-ramai ni.huhu

sebenarnye nak upload gmba dalam stesen tu yg cramp dengan org..tapi terupload yg ini.takpelaahh =.="

ok,lps tu..sampai lah kitorang kat street market tu..panjang market die x hengat dunia tau..tapi gagah jugak nak berjalan tuh..hehe..and habit buruk orang2 HK,kalau kita dah tanya harga barang tu..and kita tak beli,die maki kita habis2..takot taK?dua kali jugaklah aku kena carut dan di-cakap 'fuck' oleh peniaga kat situ.erghh..

sebabnye ape tau,dia nak jual bende yg lekat kat fridge tu rm25 satu..menggelabah mahal giler.dh la saiz die sebesar tapak tangan je..aku cakap la aku nak rm15 boleh tak..pujuk2 sikit..bila dia refuse nak turunkan harga,aku blah la..dan2 aku kena maki.cepat2 aku larikan diri..takot woo die kejar dgn parang ke ape..mane lah tahu..tempat die kann. =/

lepas larikan diri =S

and,aku tengok,org HK ni kurang hajar din kamar.haha.kuangajaq le maksudnye.masa tu lampu hijau untuk pejalan kaki dah berkelip2.means dah nak merah balik la..masa aku tgh lintas tula dia tukaq merah.sepantas kilat satu kete ni pecut laju.and aku macam sipi-sipi sangat nak kena lenyek kaki.dah hon gila babeng.like,x de timbang rasa lansung ke?consider lah sikit.hish.



Hk ni lebih kurang macam singapore la.maju,kecik,tapi taraf hidup tinggi.tanah dia sikit,so,bangunan semua naik tinggi2 gilaaa.lepastu kereta semuanyaaa cun2 jer.porshe belambak macam myvi yg belambak kat msia.hehe.takde nye kete cikai-c ikai

oh yea,lupe nak citer..sebab diorang ni kurang tanah..jadi bilik2 hotel diorang SANGAT ke cik ok..bukak2 je pintu dah ada katil =.=" our tour guide citer lagi,kat HK cume orang yg kaya gilerrr and artist je yg ada rumah..yg lain sume duduk kat apartment.die cakap lagi,harga 1 bijik lot dlm 1 apartment tu lebih kurang dgn harga banglo kat msia.bayangkan laa~

ni bilik hotel ktorg.blkg adik aku tuh pintu,tgk dalam reflection tu,dah ade katil


second day,kitorang pergi arena of star..alah,dia nak wat mcm walk of fame yang kat mane tu,yang ade bintang2 terkenal punya tapak kaki.tapi dekat dekat arena of stars ni, yang ado,tapak tangan artis2 HK mcm anita mui,jackie chan,bruce lee..from sini jugak,ktorang dpt view HK city island kt seberang tuh.*oh lupe nak bitau,ktorang duduk dkt kowloon mlm sblmnya*


group photo

pegi hk city,naik kat viewing tower and pergi convention centre yg jadi trade mark diorang tu
viewing tower.at the mid level


the convention centre


lepastu barulah kitorang gerak pegi shen zen, china.naik ketapi merentas gunung ganang..mcm dalam filem gitu.haha ^^
sampai je kat china,di sambut oleh imigration yang strict gilaaaa.aku senyum,diorang dok wat dunno je.huhu.dekat china,ade masalah komunikasi sikit.orang kat china kebanyakan nye tak tahu cakap english.sepanjang kat china,aku mcm orang bisu,bercakap guna sign languange.sahaja.

di sebabkan mslh communication ni jugak lah,dekat imigration china,serius rasa macam kucing.yelah,diorang kan taktau cakap..so,diorang tepuk-tepuk tangan untuk arahkan kitorang.mcm haiwan dah aku rasa.huhu =.='

meow~

okay,dekat china pulak..kita boleh la ibaratkan macam malaysia tanah airku.haha.taraf hidup dia rendah sikit dari HK.tmpt dia pun x sebersih dan cantik HK.hah,sebijik la mcm malaysia kan.ha ha ~

kalau dekat HK aku rasa dah mcm lautan manusia..kat china lagi laa mcm double triple dari tu..baru aku igt,dulu penah belaja yang china kan populasi penduduknya paling padat =.="

ramai takkkk??

hotel lobby.
ok,tetiba je.takpe,iklan untuk mata-mata yang penat membaca karangan ni =.="


the next day (hari tiga),kami melawat ke muzium buat sutera,jed dan teh herba..ok,tmpat2 ni tade ape nak di highlight sangat. *bukan minat aku*
lepas lunch,kami pergi kat window of the world.plan yg sepatutnya pergi ke splendid of china untuk tengok cultural show xjadi sebab banyak masalah2 akan timbul.huhu..lalu,pergi la kat tempat ni =)

banyak la replika tempat2 menarik serata dunia.tapi,malaysia..tadak lansung.bajet,ade la klcc ke..huhu.so ini lah sikit2 gmbar masa kat situ













okay,naik ni memang best gilerr.habis basah..seb baik dia bagi baju ujan.mcm rollercoaster







balik dari window of the world pun dah malam.maka terus tido sebab excited sangat nak pegi ke disneyland esoknya ^^ tapi citer disneyland akan di tulis next episod plak la kot.sebab entry ni pun dah panjang sangat.hihi,babai!

yours truly ^_^

2 comments :

Unknown said...

haha.. bak kate pepatah... "hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.."

ngahaha.. tetibe je aku....

Anonymous said...

hee~
lenguh tgn scroll mouse..
hehee..btw,glad 2 c dat smile
wah~!!hehe..
^^