Sunday, August 26, 2012

baking time #puding roti

assalamualaikum semuaa! bertemu kembali dalam segment didapur bersama cik donad..haha..*tetiba ada segment pulak kenzz*..haih..haa dah try belom resipi2 sebelum ni?sebab harini kita nak share 1 lagi resipi senang iaitu puding roti..haha..gitu bajet chef wan la pulak budak nih..

okay, ni bahan-bahan yang diperlukan ye..
  • 4 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • margerin/planta secukupnya utk sapu di atas roti
cara-cara
1. Sapukan roti dengan margerin/planta
2. Koyakkan roti (kalau nak cantik potong pakai pisau) dan susun dalam loyang.
3. Dalam bekas yang lain,campurkan susu cair, gula, telur dan esen vanilla. kacau slow slow sampai sebati
4. Tuang adunan susu tadi kedalam loyang yang dah bersusun dgn roti tu.
5. Tabur kismis/ coklet cip sikit di atasnya.
6. Bakar dalam microwave dengan suhu 150C dalam 15-30minit. nak tahu dah siap ke belum, cuba cucuk guna pisau.kalau takde yang melekat dekat pisau tu, maknanya dalam dia dah kering and boleh angkat dah
7. Sejukkan dlm peti ais dan boleh dihidang!

so inilah hasilnyaa~

ni kalau roti tu potong potong

haa ni pulak kalau roti tu koyak koyak je ;p

#tips: nak kukus pun boleh instead of bakar dalam oven..
#tips lagi: first try dulu roti tu kita koyak2 je..second try baru potong2..haa yang potong pakai pisau ni cantik sikit..nak hidang kt orang pun tak segan.. :p

hah ape lagi, selamat mencuba! ^_^

No comments :