Friday, August 23, 2013

tanda amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT:

assalamualaikum semua :)
just want to share this with u guys:
10 tanda Ramadhan kita Diterima Allah SWT:

1. Tidak kembali berbuat dosa setelah ketaatan.
2. Takut jika amalannya tidak diterima.
3. Diberi taufik laksanakan amal soleh sesudahnya.
4. Menganggap kecil amalannya, serta tidak ujub dan tertipu dengannya.
5. Mencintai ketaatan, membenci kemaksiatan.
6. Berharap dan banyak berdoa.
7. Diberi kemudahan untuk lakukan ketaatan dan jauhi maksiat.
8. Mencintai orang-orang soleh.
9. Banyak istigfar.
10. Konsisten dalam mengerjakan amal soleh.

Reminder for myself and others. Selamat melalui bulan Syawal

Thursday, July 11, 2013

iktikaf di masjid

assalamualaikum~ sikit ilmu nak share, kan sekarang ni kita tiap2 malam pegi masjid buat terawih kan? haa..niatkan sekali iktikaf sebab kita selalu masuk masjid and terus semayang camtu je..rugi laa tak dapat pahala iktikaf..sebab iktikaf ni tak semestinya lama..ada hadis cakap selama sebutan 'Subhanallah' je pun, kita dah dikira iktikaf..nak sebut subhanallah tu berapa saat je..maksudnya.after 1-2saat duduknya kita kat masjid tu dah dikira iktikaf..haa..banyak tuu pahalanya..so jangan lupa niat!

Wednesday, July 10, 2013

salam Ramadhan

assalamualaikum semua..alhamdullilah kite semua dipanjangkn umur untuk bertemu kembali dengan ramadhan tahun ni..banyaaak sangat benda jadi lately but takde masa nak update dekat blog..mahupun twitter,,,huhu..kadang-kadang tu bukan sebab takde masa sangat..tapi sebab dah malas..i guess this is one part of growing old..haha..

oh k..sempena 1 ramadhan ni, jom kita set target untuk maximize kan amal ibadah kita..bulan ni sangatlah istimewa,jadi sangatlah rugi orang yang treat bulan ni as 11 bulan yang lain tu..

so untuk kita pantau amal ibadah kita, dalam usrah biasanya ada 1 borang ni dipanggil mutabaah ibadah..borang ni macam checklist amalan-amalan kita..kalau kita buat, tick la buat..kalau tak buat, biarkan kosong..nanti lama-lama kita akan jadi consistent la dengan apa yg kita buat..mana yang kosong tu mesti kita tanamkan azam untuk buat jugak the next day.hewhew..tak nak ke pahala berganda2 yang Allah dah janjikan dlm bulan ni? ;)

 
 feel free to download this image and print it out~

tapii bukan bermaksud amalan-amalan yang dalam list ni je kena buat sepanjang ramadhan ni..korang tambahla amalan-amalan lain jugak ikut kemampuan korang.because u know ur self better kan..contohnya macam bersedekah ke..iktikaf kat masjid ke..baca Quran 1 juzuk 1 hari ke..paham? :)


ok.itu saje kalini..SELAMAT BERIBADAH KENGKAWAN! ^__^

Monday, June 3, 2013

its june again!

hai assalamualaikum.lama betul haa tak update blog..working life..gaah busy betei gua..balik kerja je dah penat lalu tidoq awal..weekend pulak full activity dengan family & friends..bertunanglah, kawin lah, gathering lah..and i barely have time for myself.i mean, duduk sorang2, buat benda yang kita suka T_T 
i hope everyone is doing well with their life too.anywayy, here's a list of things that i'm eyeing lately..kehkeh~~ ^_^

1. a proper handbag.
2. new ipad cover
3. dipndip
4. perfume victoria secret yang kak Farrahana Dahari selalu pakai

ekhem, anddd its my favourite month again..if you get what i mean.hahahahaha

till then, take care! salam =))

Wednesday, May 8, 2013

menjaga aib

hai assalamualikum semua ^.^

so harini kita nak share sikit pasal menjaga aib yang baru belajar dekat usrah haritu.alang-alang baru sentuh dalam previous post pasal that someone yang membuka aibnya sendiri tu kan :)

kita percaya kan setiap apa yang kita lakukan (baik mahupun buruk) Allah sentiasa nampak.dan Allah itu memang menyuruh kita menjaga aib kita..bende buruk yang kita buat, our darkest little secret should remain unseen to others.ni ada satu kisah nak share tapi dh ingat2 lupa..

ada satu hari ni Rasullulah ada majlis makan2 dekat masjid selepas solat maghrib. hidangannya hebat.lauk unta..masa semua orang tengah makan tu, ada la salah seorang (wallahualam taktau sapa) dari jemaah ni  mengeluarkan kentut yang busuk amat. tapi semua jemaah teruskan makan dan tidak mau tuduh sesapa..

selesai makan, semua jemaah kembali ke saf dan bersiap-siap untuk solat isya pula..pastu Rasullulah buat pengumuman, semua jemaah yang makan hidangan unta tadi diminta mengambil wudhu semula. Sebenarnya rasullulah sedang cuba menjaga aib si pengentut itu..sebabnya kalau ada seorang je jemaah yang pegi amik wudhu untuk solat isya ni, memang sah-sah la dia yang kentut masa jamuan tu..

haa, impressed tak?

orang jagakan aib kita..tapi kenapa orang kita sekarang senang-senang nak buka aib sendiri plak?


another thing they say; 
barangsiapa menjaga aib orang lain, maka aibnya juga dijaga =)


cantik kan Islam ni?
heh heh..ok sekian sahaja sharing moment.semoga kita semua hidup dalam redha Allah ^_^

Monday, May 6, 2013

writing this post with my blue-inked finger


  1. Saya hormat keputusan PRU13 yg memihak kpd BN membentuk kerajaan. tapi pada masa yg sama, PR sudahpun menang bagi saya kerana dominasi semua bandar utama.
  2. ramai tanya kenapa tuduh SPR itu ini..haa,bukan tak boleh terima. Tapi nak terima macam mana kalau banyak sangat isu meragukan?
  3. Politik perkauman, Politik lucah, Politik wang. 3 benda ni rakyat clear cly tolak. BN, BELAJAR!
  4. Media freedom. Allowing OPPOSITION equal air time. This is what we wanted. Until this is realised your win will always be tainted.
  5. Teringin juga nak tengok nnt kalau PR menang pilihanraya ni, apa jadi dgn TV3.
  6. and i think this GE13 theres too much filthy trick. shame on you.
  7. secara tiba2, semalam lepas BN diumukan memang, mereka yang undi BN tapi takut nak tweet/update fb muncul bagai cendawan lepas hujan.
  8. Walaupun bukan '' but from what can I see, Pakatan Rakyat sudah menjadi kuat. Kekal semangat for next GE!
  9. I am happy for good politicians like nurul izzah, rafizi and KJ and a few more who won the hearts of the Rakyat for real.
  10. Saiful Bukhari muncul 3 hari sebelum election dengan video bersumpah laknat dpn Kaabah. Again?seriously?why now? and why this fella macam nak seek attention sangat? sedangkan Allah berpesan suruh kita jgn buka aib orang..ni dia dengan megahnya buka pekung sendiri?
  11. okeylah. tahniah kepada yang menang, so now tunaikanlah amanah dan janj-janji haritu :)
  12. to all, ingatlah dan percayalah, Allah jauh lebih mengetahui dari kita semua. Dia ada rancangan tersendiri.

Beruntunglah bagi mereka yang berada dalam perjuangan Islam dengan bersabar, Kerana kemenangan Islam itu telah pun hampir.

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [Ali Imran 54]



this is not the usual Nadia you know. Tapi kan kalini rasa terpanggil sangat untuk buat conclusion pasal PRU13 yang berlaku semalam (5mei2013) annnddd all this are based on what i think. respect opinion semua orang please. ikutkan hati nak ajer respon dekat setiap post-post provoke yang ada dekat facebook tu.TAPI i choose to convey all to a cooler medium; my blog. which i think cuma ade 2-3 orang je kot yang selalu baca..huhu..ok lah. Sekian. Saya sayangkan Malaysia :')

Thursday, May 2, 2013

its just a phase

lately macam-macam cerita yang kita dengar..tapi kebanyakannya yang tak sedap di dengar..pasal kematian..pasal sakit..Allah..bila kita dengar cerita dari orang yang kena tu, direct terus sampai ke hati ni. sebak sangat..

and it makes me wonder..

macam mana kalau benda tu jadi kat kita sendiri?
masalah-masalah yang kita dok bisingkan tu apelah sangat kalau nak compare to their problem..
'sihat' itu juga sebenarnya adalah salah satu rezeki, dan nikmat dari Allah.jadi, bersyukurlah kiranya kita takda penyakit walaupun kita tak kaya raya..


hmm.dear you;

no matter how hard you think your life is, remember that this is just a phase
just call me when u need me. i'll be there

that's the least that i can do aside from doa



semoga tabah ye kawan :)
love you

Tuesday, April 30, 2013

mentaliti apa ni?

masuk ke toilet awam and all i see is yellow colored 'water' dalam jamban

ada orang curah air mountain dew kot kat jamban ni


hoi nightmare nyeee.tolonglah flush lain kali.nobody wants to see your submarine etc v___v"

Monday, April 22, 2013

big sigh

beriye suruh tengok video gyiyomi.
beriya cari profile facebook budak pompuan yang buat gyiyomi untuk suami dia tu
beriye suruh tengok video bobo yang buat parody tu. and cari jgk fb mamat tu..
beriye suruh tengok video gentlemen PSY yg baru tu.
beriye suruh tengok gambar artis ni bergaduh dengan aris tu.
beriye suruh tengok artis ni scandal dengan artis tu.
beriye suruh tengok tengok ruangan komen blog-blog gossip where fans bergaduh sesama sendiri.
beriye suruh tengok tengok gambar artis ni buat botox bagai.
and tengok bende-bende yang tah pape la bagi aku..

seriously?memang macam ni ke sepatutnya office conversation? are you really that shallow?
benda yang takde faedah ni laju aje di share nye.heish...




please, for your information, im not interested

Tuesday, April 9, 2013

office updates



last month ada bowling tournament dengan officemate and anak2 syarikat office..baru tahu ramai gilaa staff.nak dekat 100 orang yang datang.memang tak dapekla group dengan member2..dia mix semua sebab nak bagi bonding..haha..best laa walaupun tak reti nak strike...kesian groupmate saye..kalau tak dah menang dah  =p

 my firm ni multicultural sikit sebab ada branch dekat singapore and philippine..so mana2 yang tak cukup tangan utntuk submission, the other branch akan datang tolong..last month 2 staff filipin datang dekat office malaysia sebab kitorang tak cukup tangan for the upcoming submission.kesian la jugak sebab diorang tu first time sampai malaysia..tapi tak dan pun nak jalan-jalan kat KL..duduk office je 24/7..hehe..so on their last day dekat malaysia, kitorang bawakla makan-makan dekat flaming steambot..seronot betul diorang kat sini katanya sebab office environment dekat filipin quite strict..takde makan2/gelak2 masa office hour..zzz..why so seriuzz heh heh


anyway, next month ada paintball tournament pulakk..yeayy..looking forward to this event! :p

Tuesday, April 2, 2013

sri ayutthaya

Assalamualaikum and hi~! =)


last two weeks ada mejelis penyampaian hadiah untuk contest 15th anniversary sri ayuthayya..contest dia senang je..if makan lebih rm150,boleh isi borang contest then drop dekat kotak..nanti dia just buat lucky draw..alhamdullilah mak's name naik..hehehe..so aside from dapat 1 ipad with retina display, all 15 winners dapat lunch for free kat sini! hehe to be honest ni my first time here =')

mak abah tak boleh amik hadiah sebab diorang pi holiday with my uncle & aunties kat jepun..uuuu yours truly kena tinggal lagi sebab still under probation period.tsk T__T

mihmih ^_^

sebabkan food here semua best..so lemme share..haha *excited mode* memula sekali dia hidang appetizer..daun tu kita kena gulung2 jadi macam mangkuk and then letak semua bahan dalam mangkuk kecik tu..ada halia, bawang, udang kering, kacang, limau, cili potong ngan kelapa..last sekali bubuh sos yg kanan sekali tu..rasa dia..sedap! except the daun tu lah..sebab besar sgt..susah nak telan =S


then first dish sampai, pumpkin curry. nama je curry..tapi macam gulai udang lah rasa dia..and pekat betul kuah tu.sedapp! udang pun selambak besar-besar~

ok next ada kerabu rambutan (left) and sayur asparugus masak ape tah (right)..hoh dua-dua rare sangat~

and then ada siakap stim..green curry chicken and soft crab shell..hohoho tiga-tiga ni pun semuaaa sedap!! gambar tak hamik dah sebab busy makan =p last sekali dia serve dessert..pumpkin custard..ini pon rare jugak..yang shredded orange color tu actually egg yolk..part putih tu pulak rasa telur kuat sangat and yellowish tu of course lah labu..haa..dah la ni first time makan labu..lidah tak biasa lagi kot..hehe so rasa pelik sikit..



ini lah dayang-dayang yang dok melayan kitorang makan..hehe..orang pure thailand nih.cakap melayu pun takpaham..kita pun sawadikap sawadikap jela dengan dia.haha

oh ya, pergi amik hadiah ni dengan sepupu kitew..haha kitorang sama-sama kena tinggal dengan parents pi holiday..tapi takpa lahh.. oh-kay jahh sebab at least dapat makan best-best niii..balik je rumah tertido terus sebab kenyang sangat


alhamdullilah syukur. sekarang ni rezeki datang dalam banyak bentuk..doakan kami murah rezeki lagi yea..hehe :))

last but not least..nak tanya, is there anyone interested to buy this ipad? nak jual nii.. u can pm me ^-^"

Monday, March 25, 2013

Oh My Gaji! #OMG

hi assalamualaikum semua..lama gila tak update..i was quite busy lately.paling busy last week haa sampai stay back kat office till 1am.fuhh serious first time tu balik rumah lewat camtu..mak abah pun risau.dua-dua tunggu la anakanda seorang ni balik keje kat bawah..terharu and at the same time, rasa bersalahlah saya macam ni..adeii nak wat camno~

so yeah, 1 mac haritu check akaun bank, tengok2 dah banyak duit! OMG! oh my gaji pertama dah masuk!! woot woot.excited sungguh :D pastu abah kata kena beli something dengan gaji pertama ni so that u will remember (and treasure) that thing sampai ke tua..tapi yours truly ni sangatlaaaah jarang shopping barang..i spent most of my money for food & activity.bukan barang..

fikir punya fikir rasa macam nak beli tudung lah pulok..pastu tetiba jugak lahh hari yang terfikir nak beli tudung tu..farah lee post her new collection..tangan ni pun saje lah try2 isi order form tu..walaupun dah agak mesti tak dapat sebab tudung dia limited stock..esok tu dapat reply email from her saying that item tu dah out of stock..so takpelah sebab memang dah agak kann..pastu lusa tu tetiba dapat lagi email dari dia cakap ada back out order.so i can buy that tudung! weehee..teruih bank in and that weekend tu teruih dapat! 

tudung tu cantikk, senang bentuk and besar! tapiii..kurangnye cuma 1 je..taktau nak lilit camne tudung ni ..dok cuba carik tutorial bawal shawl pon takde..yang hado semua yang over2 punya lilit..sadd~ v____v" semoga kak FarahLee buat tutorial lepas baca rintihan hati seorang gadis taktau lilit tudung ni =B

barang first yang dibeli guna gaji pertama ;)) eh bukan yang kotak putih tu ye


then, tetiba abah tanya balik last week, 'eh bila nak shopping guna gaji pertama?' hoh hoh..sy bagitahu lah dah beli tudung..then dia kata tak aci sebab harga tudung murah je..eeek boleh pulak cakap tak aci (>___<) so tanyalah diorang nak kena beli ape nii sebab clueless nak kne beli apa (haha sampai camtu sekali) mak cakap beli lah handbag..abah pulak kata beli lah sport shoes..so i decided to buy sport shoes! hehe sebab handbag mak baru belikan masa diorang pegi Beijing last January.hihi..and actually i dont have any proper running shoe..asyik pakai kasut jalan-jalan je..kesian kaki iolls..padahal nak mulakan hidup sihat ni,tapi kasut kedekut nak beli :p

tadaa~!

heh tapi bila dah beli ni..sekarang setiap petang asyik hujan pulak..macam mana laaah nak jogging kanzz -___-


selain daripada tu, kita kena ingat duit yang kita dapat tu bukan duit kita sepenuhnya..jadi, bersedekahlah..ataupun belanja orang makan ke..nescaya lagi murah rezekinya..hehe =)

okaylah..hopefully nanti lepas dah kerja 10-20 tahun terbaca balik post ni and akan ingat sampai bebila ape bende yang dibeli dengan first gaji niiii =))

Tuesday, March 19, 2013

pasal kahwin #1

haritu ada kawan masa sekolah dulu ni tetiba contact dekat whatsapp.memula mukadimah sikit-sikit pastu terus tanya bila nak kahwin..like whaaaat? dahla tak rapat mana..and in the most awkward situtation, tanya pasal tu pulak..eeii~

tapi to be polite, kite reply jah elok-elok..cakap financally not ready yet sebab baru je kerja sebulan..kawan itu confidently cakap.alah..lagi 3 bulan dah cukup dah duit nak kawin tu..haa

so kita pun buat kira-kira. kata lah gaji sebulan rm2000.kali tiga, baru rm6000.

sekarang ni semorang tau kos kahwin sangatlah mahalnyaa..tapi kalau dah buat kira-kira macam mana pun still costnya akan dalam range 20ribu (sederhana)- 50ribu (dah agak mewah dah tu)

kita argue balik cakap guna point di atas..dia pun counter argue sebab katanye macam adat-adat orang sekarang yang buatkan perkahwinan jadi susah..katanya buat apa lah pompuan sekarang ni hantaran mahal-mahal..dua tiga ratus je sudahlah..pastu kenduri buat kat rumah je cukup..pakai 1-2 khemah je...hmmm senangnya cakap...tak tahu ke bila nak kawin tu ko bukan nak kawin dengan perempuan tu aje.kau kira 'kawin' jugak dengan her whole family member. kita tak boleh la ikut kepala kita je sebab in the end family comes first.kalau kau takde duit ke,sakit ke..mesti family kau yang risau.sebab kau darah daging dia..so memang wajib kena consider..

tapi consider pun ada jenisnya..gunakan rasional masa buat consideration tu..maksudnya kalau aunties kata kad kawin ni cantik tapi harga dia RM1 sekeping tu kite kena ikut ke?haa tak semestinya.tengokla bajet kita pulak.itu lah kena fikir logik jugak..sebab invitation kad tu last-last orang akan buang jugak..

benda yang boleh cut cost, kita cut..tapi benda yang wajib ada tu jangan la cut sekali..this is something that you will never understand.because u think that kita perempuan ni suka membazir duit..eeek -..-

tetiba teringat ada kawan pernah cakap..hantaran tu tak perlu terlalu tinggi sampai menyusahkan pihak lelaki dan pada masa yang sama tak terlalu rendah sampai merendahkan martabat wanita itu sendiri =)

so tu lah dia..nak jugak tengok nanti camne kawan kita ni punya wedding..bagusnya kalau dia betul-betul boleh buat wedding dengan bajet RM6k je...setakat ni kena husnudzhon lah

okey, assalamualaikum semua..sorry kalau ade yang disagree ke ape..ini pendapat personal jah.emo sikit tu sebab my fren tu macam salahkan perempuan 100%.hewhew =)

Monday, March 18, 2013

token of appreciation




something are better left unsaid.

GITHEW~ katenyerr..tapi untuk thesis kita haritu sebenarnye mana boleh tak cakap pape wohh..banyak kot orang yang tolong menjayakan thesis ni sampai siap..hehe.tapi ada yang tak ditulis namanya kat dalam acknowledgement part..sebab dah submit awal-awal, so dah tak boleh nak tukar.huhu~

among my first draft..tengok sndiri camne dahsyatnye brainstorming madam..huhu

haa, orang yang dimaksudkan tu of course lah bobulu farhana ramli. dia lah yang hantarkan thesis yang dah di-sign ni ke CPS.tak hantor tu, tak grad la aku..mintakkan full transcript dekat CPS walaupun banyak benor kerenahnye gi office itu ini dulu..huhu..zzz..thank you farhana =')

tak dilupakan juga kepada mohd afwaz & yang nadazariah yang buatkan clearance, settlekan hal scholarship dengan finance dept. and amikkan full academic transcript dekat CPS untuk kita..terimakasih banyak sangat2..sebab bende tu small matter je..pastu dengan busy kat office lagi..rasa macam leceh gila nak gi uia sebab ni je..so, i asked for their help.hihihi

oh anyway, ini pula sneak peak of my dissertation kehkehkeh

abstract in arabic is one of the requirement o-kayy.thanks to bro Mootaz for translating :)) 

 copyright iolls

 acknowledgment :))


anddd last but not least.........

seeing my name on this book.i mean..my book.hehehe.it's.the.best.feeling.ever! =')


till then,hope this post will inspire those yang bakal buat thesis/dissertation for their final year/masters degree/phD..okay?

signing out,
miss donad

Saturday, March 9, 2013

belum tentu lagi kita ni masuk syurga

assalamualaikum

pernah tak kita fikir pasal kehidupan kita pada masa depan? i mean, kehidupan selepas hari kiamat. hari perhitungan. these past few weeks i've been attending my weekly usrah back.. yang membawak kepada penyataan di atas (read: tajuk post).alhamdullilah Allah permudahkan urusan sebab selama ni asyik tak dapat join je sebab clash dengan schedule.. terasa kosong bila takde pengisian..huhu..usrah ni best tauu.kita duduk dengan kawan-kawan..masing-masing bagi peringatan and sama-sama nak ajak kita masuk syurga together-gether.. haa so today lemme share sikit ape yang dibincangkan masa usrah haritu...korang semua tau tak..tak semua yang baik alim tu akan masuk syurga?haaa..

ok, let me give you 1 situation; Aminah seorang yang baik, beriman, kuat beramal..solehah dan sebagainye..dia berkawan dengan macam-macam jenis orang tapi tak semua kawan-kawan dia sepesen macam dia.antara kawan-kawannya tu ada yang free hair..yang tak solat.. ada yang 'jahat'..tapi semua tetap member dia..

pastu bila sampai di hari kebangkitan, aminah tak masuk syurga pun walaupun dia banyak beramal masa dia hidup..ha nak tau kenapa? sebab kawan-kawan 'jahil' dia ni yang tarik dia masuk neraka.

eh kenapa?

nanti Allah akan tanya dekat kawan-kawan aminah ni 'kenapa tak pakai tudung?'. kawan dia kata takde siapa yang remindkan diorang..jadi Allah check siapa kengkawan budak nih.sekali nampak ade nama Aminah..jadi aminah pun diheret bersama masuk ke neraka sebab dia tak pernah ingatkan kawan dia yang jahil ni pasal aurat..solat dan lain-lain sedangkan itu tanggungjawab dia (dan kita) sesama muslim untuk mengingatkan sesama saudara seislam kita akan perkara nii.

agak-agak Aminah rasa  frust tak? dia dah berusaha keras ni nak masuk syurga..bangun tahajud, puasa sunat bagai, tapi tak masuk syurga just sebab dia tak jalankan tanggungjawab kecik ni: remindkan saudara seislamnya

sebenarnya susah kan nak tegur kawan-kawan sendiri? nanti tegur, dia terasa hati..nanti tegur terus unfriend dekat facebook pulak..heh~ tapi kita kena ingat tanggungjawab kita..ade pulak orang kata..kalau camtu, nak kawan dengan orang yang soleh solehah jelah..dah confirm2 semua baik and takkan drag kita masuk neraka..heh..no no..not that easy bro..geng2 jahil ni tetap akan drag kita walaupun kita bukan kawan dia..sebab kita kena ingat tugas ni applies to all muslims.saudara seislam kita.. bukan terhad kat kengkawan je..huhu..

kalau diorang 'unfriend' sekalipun pun, takpelah..asalkan kite dah pernah tegur..kita pernah remind diorang hal ni..and sekarang up to them samaada nak terima atau tak

(tapi kalau ikutkan..nk tegur yang bukan kawan kita lagii susah..nanti dia kata "apehal pulak tetiba minah ni..dahla tak kenai")

jadi dekat sini mungkin ade beberapa solution yang boleh dipakai..antaranya:

situasi 1: kawan tak pakai tudung.
solution: kasik hadiah tudung as her birthday present ke..kasik brooch lawa-lawa ke.girls kan..and when she start to wear the hijab, support her. at this early stage she might be doubtful with her decision. she just need some support from her friends..so show your full support.thats the least u can do

or in other situation macam katalah dia baru lepas potong rambut. and dia post gambar rambut baru tu dekat instagram ke..takyah la comment mcm "wow hot nyee"..or like that picture..sebab nya, bila ramai like, nanti dia ingat its okay to show these people my aurat.they like it..huhu walaupun sebenarnya memang cantik..tapi kena ingat, if we like that pic, its like we are supporting them indirectly to show their aurat publicly

situasi 2: kawan tak solat
solution: ajak dia solat berjemaah...macam kita dok ajak oficemate keluar lunch..haa, bila nak solat pun..ajaklah jugak..tapi tula sekarang ni bila ajak buat baik mula la kata 'fuyo ustazahh'..buat jahat tak kate ape pulak kenzz -..- or the least effort u can do is to show them that u are going to pray.. let say dah masuk waktu solat kan.kite pun bawak beg telekung kita tu g surau.nanti lama-lama mesti dia observe.oh budak ni kol 4.45pm je mesti gi toilet pastu basah-basah lengan baju dia..mesti gi solat tuh..mudah-mudahan lama-lama nanti terkesanlah dekat hati dia...

hmm hmm.yeah.so itulah ceritanya..banyak lagi situasi sebenanrnye..tapi tak mampulah nak tulis semua..pengajarannya; kalau sayangkan kawan kita..bila buat baik, jangan lupa ajak dia buat baik jugak..semoga kite sama-sama masuk syurga.. i dont want to drag my 'alim' friends masuk neraka because of me..sebab kesian diorang..and i dont want my friends to drag me masuk neraka too because of their wrong doings.huuu.get it?

p/s: silakan tegur-menegur.nobody is perfect
p/s lagi: mintak maaflah.post ni ayat tunggang langgang.tak reti buat ayat puitis bunga-bunga macam nik T__T


Thursday, March 7, 2013

Lawak Ke Der 2

yeahh baru je lepas tengok Lawak KeDer 2!!haha last friday terbaca tweet from harith iskandar . dia nak bagi free preview tickets for first 50callers.haha terus dail number dia bagi tu...awal2 engage jeee..dah 15min try baru dapat! and sebab excied sangat.btau officemate,suruh dia buat jugak..dapat kot! then tell another 1..dia try jugak..pon dapat!haha yeay so td kitorang bertiga pegi lah ke alamanda untuk preview tu :)

collecting tickets


before the preview, harith iskandar and hans isaac bagi speech sket.wee~

overall best! orang sebelah gelak hentak-hentak kaki kot.over nyahh.haha..muvie ni sesuai sangatlah untuk lepaskan tension lagi-lagi lepas balik office.hehe

soo tunggu ape lagi?pegila tengok! #HarithTroopers

Tuesday, March 5, 2013

hidup sihat

dulu masa sekolah tak pernah aktif dalam bab-bab sukan ke apa..semuaorang cakap 'weh..kaki panjang..takkan tak boleh lari kot' ..wuu sadd~ ceritanya,dari kecik memang tak pernah diajar untuk minat bersukan.sebab kalau setiap kali hari sukan ke..baliklah orang ni dengan muka garing..pastu ibunda bising..haha..lama-lama kita pun faham la yang tak digalakkan untuk main panas t_t huhu..

masuk sekolah menengah pulak ingat nak aktif sikit..so practise la dengan jogging bagai dekat padang.pastu masa tu mesti kengkawan sekolah pun ade jugak tengah main bola dekat padang tuh..esok lusa mesti kat sekolah cakap ''eee slownya kau lari' takpun.. ' ee kelakarnye kau lari'


what?!apa yang kelakar nyerr??


down T_T

terus takde hati nak jogging, lari dan seangkatan dengannya.cukuplah sekadar fast walking masa balik sekolah itupun sebab panas tengahari.so takyah nak jalan lenggang lenggang sangatla.

orang cakap jogging tu bagus untuk stay fit.tapi yours truly ni perasaan yang kurus tu adalah fit..fit ape kalau asyik rasa sesak dada bila naik tangga 4 tingkat.jalan jauh sikit dah mengah.haa, salahkan budak lelaki yang kutuk aku masa sekolah dulu :p tengok ape dah jadi sekarang?heihh

pastu ditambah pulak sejak mula drive ni..asyik makan best-best aje.and lemak pun komfemlah berkumpul sebab takde aktiviti berjalan..semua naik kete je..lalu menyebabkan pertambahan berat yang mendadak dalam tempoh 2 tahun ni T__T

sebenarnye dah lama sedar akan hal ni..tapi sebab busy dengan final year architecture masa tu..and then masuk pulak master..kena buat  thesis bagai..lagilah tolak tepi aktiviti sihat tu (huh alasan lagi) . sekarang ni dah kerja nak taknak kena start jugak exercise.sampai bila nak macam ni..muda lagi kot.huhuhu.so habis je opis hour, tepat pukul 6 cepat-cepat balik.sampai rumah dalam 630 sempat lah jog 30minit :D

seminggu pertama bekerja ni berjaya jog tanpa tinggal satu hari pun..haa tapi setiap malam lahh lenguh kaki..lemak lemak terkezut agaknye tetiba tuan badan bersenam. (n_n") kebanyakan yang jog kat padang ni pun orang tua je.huhu..a few pakcik tegur la..tanya ni anak siapa sebab tak pernah nampak sebelum ni.hoho :p

oh yea.it feels really good to have activity like this. harap-harap kuat semangat la sampai bila-bila

Monday, March 4, 2013

of Grafa Cafe, Skytrex Adventure & Cendol Bakar

1.masa nak tulis tajuk post ni, tengok calander baru sedar eh dah march dah?cepatnya masa! maknanya cukup dah sebulan kite kerja..hehe..still banyak new experience pasal my workplace.i'll blog about it in the next post insyaallah =)

2. actually dapat tahu ade cafe baru buka dekat subang..Grafa cafe, ss15.so alang-alang nak try,plan lah  nak meet up with my seafield girls..ni semua ni nama je jiran..duduk selang bape baris je dari rumah..tapi nak jumpa..harap time open house raya jela..haha


this cafe buka from 12pm till late night kot.surrounding, food semua best.oh yea, portion 1 meal dia banyak ehh..so prepare perut tu or else nanti membazir jah makan separuh...pastu ade kedai kecik dalam kedai ni..concept store..jual tshirt.kasut.bag.buku..indie stuff i guess judging from the style

my very best friend since form 1! farah eliza.hehe..dulu kat sekolah dah la macam kembar.kesana sini semua sama-sama.muka pulak time tu memang nak kat sama..cikgu selalu salah panggil kitorang..wuwuwu.yang lain yang turut serta kalini; izzah dengan nik.hehe nik datang lambat so tak sempat nak tangkap gambar ;p

3. skytrex adventure!! thanks to mira sebab blog about this place..hehe terus rasa nak try..i give 4.5/5 for this activity..hehe sebab selalu kalau nak hangout dengan kawan-kawan ke mesti jumpa dekat kedai makan best-best..habistu..dah asyik makan je..activity nak bakar lemak tu takde pulak..mane tak gems sekarang ni kan.haihh..

that day kitorang cuma try the big thrill adventure.hehe..ruginyaa tak bawak beg pouch ikat kat pinggang tu.. sebab kalau tak boleh bawak camera kan..memangla ade sediakan loker..tapi kita nak jugak bawak camera tu masa memanjat sebab nak amik gambar kat atas pokok tu nanti..

overall for this big thrill ada dalam 20+ challanges kalau tak silap and semua ok-ok lahh eventho dah lamaa tak beractivity yg berpeluh-peluh ni..tapi make sure kena warm up sikit sebelum start activity tu..haha nanti jadilah macam yours truly ni.sakit lengan sampai 2-3hari sebab ade challange yang kena gayut from tali to tali.

surely if ada masa nak pergi next time, nak try main yg extreme challange pulak ^_^


among the challenges.hehe actually paling best yang flying fox..walaupun takut nak tolak diri sendiri jatuh..tapi that feeling masa dia swing laju tu..fuuu best sangat..sengih sampai kering gusi ni  :')

the toughest challenge i think?haha panjat tangga setinggi 2 tingkat bangunan.wuuu..baru suku dah termengah-mengah..terkezut lemak-lemak kita tetiba pepagi buta orang ni bersenam dengan extreme u___u

tali keselamatan yang dipasang kat pinggang.memang sepanjang masa kita ada kat atas tu kita hooked to the rope..so takyah risau jatuh gedebek camtu..kalau terslip ke..kite tergantung la kat tali tu..very secure la actually

tinggi! huuu i never thot that im afraid of height untill im here

ni lah part kena bergayut-gayut tuu.sakit ketiak kot


4. satu lagi, pernah dengar tak the famous cendol bakar dekat kuala selangor?haa..haritu lepas tengok baby angah kt kuala selangor, singgah la kejap kan makan cendol ni..nak tengok sket ape yang sedapnye..hehe..to my surprise..ramai gila orang..cendol ni siap ade drive through lagi kot.

the best thing about cendol ni..bukan lah sebab dia bakar cendol tu (which ramai ingat cendol tu dibakar)..zzz.. yang dibakar cuma air gula dia..and atuk owner kedai ni namanye 'Bakar'

another thing pasal cendol ni jugak..dia bagi cendol free kepada orang fakir miskin/OKU..haaa, bukan senang nak tengok ada bisnes macam tu kat sini..cuma tunjukkan kad jabatan kebajikan masyarakat, and boleh claim cendol tu..hehe

haa ni lah cendol VIP, cendol VVIP & cendol VVIP durian..sedap.cukup semua rasa  dia :))


see u till the next post which i dunno when  assalamualaikum =))

Wednesday, February 27, 2013

sharing moment #doa


 insyaAllah jika diamalkan selalu, setiap pekerjaan  yang dilakukan itu diberkati Allah. amin~

satu lagi, masa dekat office mesti asyik rasa mengantuk je kan?nak nak lepas lunch tu..haa,,so i google2 ayat untuk hilangkan mengantuk tu..here it is

bukan yang mengantuk masa kerja je boleh baca ni ye..orang lain yang tengah memandu ke.. belajar ke.. insyallah..kalau perasan, ayat ni adalah sepotong ayat dalam ayat Qursi. Maksud potongan ayat ni; "dia (Allah) tidak mengantuk dan tidak tidur"  sebab tu ia boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ;)

 

Tuesday, February 26, 2013

the frozen bird

salam. hi there..so far kerja kita okay.tapi banyak betul aktiviti setiap hari..especially weekends! and for now, my March weekends are full with appointments with friends, family and business partner.wuh.. -__-

i have loadddss to write.tapi takde masa..selalu out of word nak buat ayat-ayat karangan..last-last tutup je blogger.com and biarkan post sekerat-sekerat tu dalam draft T_T

anywayyy, to keep this blog updated..marilah kite share something from yang bermakna ye..surprisingly, i found this link from 9gag kot.haha..tak sangka 9gag ada jugak input berguna kadang-kadang ^_^"



haha true right? till then, take care everyone and good luck in whatever you are doing! ^_^

Friday, February 22, 2013

cyberview lodge

last few weeks my dad ada seminar dekat hotel cyberview lodge. since his roomates tak attend this seminar, weolls serbu la tido situ malam tu hihi.serious besar and bestt bilik dia..seronot la kan dah la masa tu tengah serabut dengan thesis..macam orang mengantuk disorongkan bantal..eh yeke tu.haha whatever

the next morning baru dapat jalan-jalan sekitar hotel..wuhuuuw best jugaaakk.nak tertidur baring kat hammock tu



tapi takdela duduk berehat sesaja kann..kite kena bawak homework juge.huhuhu.survey brother PhD tu dah berjaya di collect dari mak abah masa tu.so its time to check and go through the survey..kot ada bahagian yang tertinggal..classificationnya lagi..sedikit remeh disitu..huhu

 


 
    
 


i dont know whyyy..tapi tengok orang buat phd ni terus tak rasa nak sambung lagi buat masa ni..sebab macam stress je -__- huih.for the time being..just go with the flow jelah.tapi tu pun takleh pakai sangat.sebab kite kena tentukan dulu flow nye..baru boleh flow happily..ye dop?huhu..life is full with making decisions.takutttt

Wednesday, February 20, 2013

imadeface

hujung bulan 1 haritu my sepupu; kaklin bersalin..so we went to kuala selangor that weekend nak tengok baby baru kaklin and angah

putihh sangatt baby girl nii!! :')

so kakaknye khairina bakal kurang glemer la nampaknye..haha..kalau tak semua orang asyik nak amik gambar diaa jee.memang camera kitorang pun penuh video and gambar budak kecik nih



tahun ni insyaAllah tok akan dapat 4 cicit lagii.hehehe..seorang dah keluar bulan january..seorang lg baruuu je keluar semalam.alhamdullilah..seorang bakal keluar bulan march anddd latest news, seorang lagi expected keluar bulan 11.haha! wife naza dah pregnant jugak~ congratulations lah semua cousin-cousin ku! memang raya ni main dengan babies jelaa XD

annddd i found these cute apps dekat apps store called 'imadeface'.memang dari dulu lagii suka kalau boleh customize muka ni jadi cartoon..feeling-feeling cute la kan..padahal real life....horror kemain.hehe..disebabkan seronot imagine muka orang version cartoon jugaklah, maka takde kerja buatkan untuk orang jugak..so can u guess who are these 3 people? =P