Tuesday, March 19, 2013

pasal kahwin #1

haritu ada kawan masa sekolah dulu ni tetiba contact dekat whatsapp.memula mukadimah sikit-sikit pastu terus tanya bila nak kahwin..like whaaaat? dahla tak rapat mana..and in the most awkward situtation, tanya pasal tu pulak..eeii~

tapi to be polite, kite reply jah elok-elok..cakap financally not ready yet sebab baru je kerja sebulan..kawan itu confidently cakap.alah..lagi 3 bulan dah cukup dah duit nak kawin tu..haa

so kita pun buat kira-kira. kata lah gaji sebulan rm2000.kali tiga, baru rm6000.

sekarang ni semorang tau kos kahwin sangatlah mahalnyaa..tapi kalau dah buat kira-kira macam mana pun still costnya akan dalam range 20ribu (sederhana)- 50ribu (dah agak mewah dah tu)

kita argue balik cakap guna point di atas..dia pun counter argue sebab katanye macam adat-adat orang sekarang yang buatkan perkahwinan jadi susah..katanya buat apa lah pompuan sekarang ni hantaran mahal-mahal..dua tiga ratus je sudahlah..pastu kenduri buat kat rumah je cukup..pakai 1-2 khemah je...hmmm senangnya cakap...tak tahu ke bila nak kawin tu ko bukan nak kawin dengan perempuan tu aje.kau kira 'kawin' jugak dengan her whole family member. kita tak boleh la ikut kepala kita je sebab in the end family comes first.kalau kau takde duit ke,sakit ke..mesti family kau yang risau.sebab kau darah daging dia..so memang wajib kena consider..

tapi consider pun ada jenisnya..gunakan rasional masa buat consideration tu..maksudnya kalau aunties kata kad kawin ni cantik tapi harga dia RM1 sekeping tu kite kena ikut ke?haa tak semestinya.tengokla bajet kita pulak.itu lah kena fikir logik jugak..sebab invitation kad tu last-last orang akan buang jugak..

benda yang boleh cut cost, kita cut..tapi benda yang wajib ada tu jangan la cut sekali..this is something that you will never understand.because u think that kita perempuan ni suka membazir duit..eeek -..-

tetiba teringat ada kawan pernah cakap..hantaran tu tak perlu terlalu tinggi sampai menyusahkan pihak lelaki dan pada masa yang sama tak terlalu rendah sampai merendahkan martabat wanita itu sendiri =)

so tu lah dia..nak jugak tengok nanti camne kawan kita ni punya wedding..bagusnya kalau dia betul-betul boleh buat wedding dengan bajet RM6k je...setakat ni kena husnudzhon lah

okey, assalamualaikum semua..sorry kalau ade yang disagree ke ape..ini pendapat personal jah.emo sikit tu sebab my fren tu macam salahkan perempuan 100%.hewhew =)

No comments :