Thursday, August 30, 2012

photographer hebat

salam..hai hai haii~!
seperti yang kita aware..sekarang ni musim mendirikan masjid kann..so time ni la kite dapat tengok macam macam stail gambar yang photographer akan produce..so, bagi yang berstatus coming soon tu, i would like to suggest to you bebudak archi uia punya photography studio..promote ni pun bukan sebab member suruh ke apa..tapi sebab gambar yang diorang amik memang sangat cantikk..i berkenan betei =')

tak percaya?  haa tengok sendiri gambar-gambar ni

okay, ni dari team RAHSIA PHOTOGRAPHY..and ini fb page diorang..rahsia studio ni terdiri daripada dua orang..faris dan hanafi.





yang ni pulak dari EXCENTRIC STUDIO ...baru-baru ni diorang cover wedding ahnaf dengan kak tiqah nissfu..haa,dua dua ni pun batchmate kitorang jugak..team excentric ni ada 5 orang..ex(syahir farham), deli (fadhli), apeng (hafiz), khalil dan zamri..



selain amik gambar, diorang ni ada amik video jugakk...cekidaut~



ehh, semua photographer lelaki? dont worry, kita ada jugak photographer perempuan.antaranya...

 Ain Neollene  .haa tapi sekarang dia tengah further study dekat OZ..so yeah..tunggu tahun 2014 baru boleh start book dia ;)





then kita ada Nur Zalikha ...



andd last but not least... Munira Hamzah :)



haa semua best kann? jadi, tunggu apa lagii? sila lah contact mereka untuk amik gambar di event anda nanti! ;)

fyi, diorang semuaa ni from my batch..haha..terbaik..go SEBELAS!


Tuesday, August 28, 2012

my first online contest

salam..hai semua :)

since kite sekarang asyik dok update pasal baking baking..let me share with you 1 blog yang best pasal baking..hehe..and nope,dia tak share recipe pun..tapi dia share gambar2 cuppies/cakes/pavlova/apam yang dia buat..semuaaaa CANTIK! setiap kali bukak dashboard, eager betei nak tengok dia ade update tak..hihi :p

kitorang pernah order dekat dia cuppies untuk sambut birthday ain, mar, bella and myra,secara berjemaah masa tahun 2011 kalau tak silap..hehe..and since semua pun bebudak kaed..so me and radzi minta ally buatkan cuppies theme architect..anddd...it turns out comelll gile!
picture credit to ain 

oh kalau nak tengok lagi details cuppies yang kitorang order haritu, boleh klik sini


okay, a few months ago, ally ada buat contest sempena 2 tahun anniversary blog dia..so kite pun try jelahh..hehehe..tak susah pun..dia just tanya2 opinion pasal product dia..hee..pastu masuk sem 3,dah busy busy sampai terlupa pasal ni..

tetiba satu hari, poslaju datang hantar parcel..woh dah excited la kann sebab taktau sapa yang hantar..sekali tengok from ally!yeayy kite menangg!hee..so inilah kiranye first online contest yang kita join and menangg..sebab selalunya sebelum ni tak pernah percaya dengan online contest..sebab based from kengkawan mak..banyak yang online ni tipu je..huhu..

hadiah dia recipe book :))


hehehe..best best! thanks again ally..kengkawan semua boleh la cekidaut cuppiesbyallyhassan and tempah for your event nanti :)

Sunday, August 26, 2012

baking time #puding roti

assalamualaikum semuaa! bertemu kembali dalam segment didapur bersama cik donad..haha..*tetiba ada segment pulak kenzz*..haih..haa dah try belom resipi2 sebelum ni?sebab harini kita nak share 1 lagi resipi senang iaitu puding roti..haha..gitu bajet chef wan la pulak budak nih..

okay, ni bahan-bahan yang diperlukan ye..
  • 4 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • margerin/planta secukupnya utk sapu di atas roti
cara-cara
1. Sapukan roti dengan margerin/planta
2. Koyakkan roti (kalau nak cantik potong pakai pisau) dan susun dalam loyang.
3. Dalam bekas yang lain,campurkan susu cair, gula, telur dan esen vanilla. kacau slow slow sampai sebati
4. Tuang adunan susu tadi kedalam loyang yang dah bersusun dgn roti tu.
5. Tabur kismis/ coklet cip sikit di atasnya.
6. Bakar dalam microwave dengan suhu 150C dalam 15-30minit. nak tahu dah siap ke belum, cuba cucuk guna pisau.kalau takde yang melekat dekat pisau tu, maknanya dalam dia dah kering and boleh angkat dah
7. Sejukkan dlm peti ais dan boleh dihidang!

so inilah hasilnyaa~

ni kalau roti tu potong potong

haa ni pulak kalau roti tu koyak koyak je ;p

#tips: nak kukus pun boleh instead of bakar dalam oven..
#tips lagi: first try dulu roti tu kita koyak2 je..second try baru potong2..haa yang potong pakai pisau ni cantik sikit..nak hidang kt orang pun tak segan.. :p

hah ape lagi, selamat mencuba! ^_^

Saturday, August 25, 2012

Ramadan & semester tiga M.URP


hai assalamualaikum semuaa~

masih dalam mood raya?haa pause kejap..ni nak cite pasal bulan puasa haritu.. last Ramadan sangat cepat masa berlalu..kan?ke aku je yang rasa camtu? =__="

last semester patutnya semester rilek bagi kitorang..ha sekali ambil kau…banyak giler kerja kelas ethic..sampai thesis pun terbengkalai sikit..every week ada presentation..kelas pn dua kali seminggu..routine last semester jadik kucar kacir sikit la sebab hari isnin selalunya aku akan datang uia untuk consult lecturer (for my thesis)..then khamis jumaat kena datang lagi sebab ada kelas..selalunya malam khamis tu tumpang la tido bilik sesapa..skem ke..yang ke..sebab penat kot nak ulang alik subang-gombak selalu..huwaahh T__T

tapi alhamdullilah semuanya berjaya ditempuhi..huhu..tapi tak tau la berjaya tempuhi tu dengan jayanya ataupun tak =/  kita tunggu jelah result sem ni nanti..

disebabkan semester lepas dlm bulan ramadan, jadi tak banyak aktiviti berlaku..sebab semua orang sibuk nak beramal kann..hehehe..tapi antara sedikit aktiviti kita masa bulan puasa tu, iftar dgn my fellow friends..

nak jadi cerita, kawan baik kitorang, ain neollene  punya flight ke OZ jatuh pada 1st ramadan..flight dia pukul 11malam..so nak taknak kena berbuka kat satu tempat so that tak terlambat nak sampai LCCT..so untuk memudahkan urusan, berbuka kt rumah kita je.senang nak solat ape semua..memula cam ramai geng anak bapaks nak ikut hantar..last last bape kerat je tinggal..haa..mak pulak dah masak macam-macam..so memang rezeki diorang lah makanan banyak ^_^


lepas je berbuka and solat maghrib, terus pegi LCCT.tapi sampai je sana ain pun tak sampai lagi..eeekk terlebih semangat pulak kan v___v" hewhew~ jalan2 tengok coklet kejap..lepastu ain pun sampai..

 ain :')

yang & imwan :)

all of us.without ain.sebab ain tengah banjir masa ni dengan family dia ;)

oh btw,timekasih radzi drivekan kitorang :))

second trip, berbuka dengan integombians..hehe..plan asal biasa lah pung pang pung pang 8-9 orang..last last 5 orang ni je datang..tapi ni pun dah cukup best..benda wajib kalau dah kumpul dengan budak sekolah..cerita pasal zaman dulu-dulu..zaman makan nasi kawah..zaman skema dan tak matang..hahaha

bila di kira balik, ade la dalam 6 tahun lepas kita dah tinggalkan sekolah tu..haa..lama kot..mostly baru grad, ada yang dah start kerja..anddd ada yang dah nak kawin..haa cepatnya masa! :')

gambar atas: bakal pengantin kita, nadzrin tengah tulis nama kt her wedding invitation card
gambar bawah: dengan PKP sekolah, Mae..haha dulu kat sekolah semua takut nak rapat dengan dia sebab dia rapat dengan cikgu disiplin..puii :P haha..sekaran tidak lagii..habis semua cerita yang tersurat tersirat makcik ni reveal..kekeke~
since nadzrin baru je sampai Malaysia a week ago, dia teringin sangat nak tengok KLCC punya park..haha..tu yang semua dok layankan aje..kesian dia..nanti dah kawin and start kerja, busy kot.. takut tak sempat nak pegi klcc pulak kann :p


okeh selain itu, kita ade juga berbuka dekat masjid UIA..haa baru first time berbuka kt masjid untuk puasa kali ni..seronok jugak berbuka ramai2..dahla free..save duit kitorang :p


haa sekian citer iftar-iftar..so now back to my busy schedule..huu.. lepas submit dua major assigments hari jumaat, the next selasa dah final exam..wuu kalut tak kalut jugak la kann..semua pulun gila study sebab banyak hadith and ayat quran nak kena hafal..yang foreigner senangla sebab bahasa diorang kan..

habis je exam, rabu tu kena settle macam macam urusan before balik kampung..pegi nak dekat 5 tempat..amik kuih raya la..amik kek raya..amik hadiah peraduan..beli barang peraduan..hah..keluar rumah kul 8 balik kul 5..sama macam keje opis dah haa..zzz

khamis pulak buat choc chip cookies..tahun ni sebab masa suntuk, sempat buat 1 jenis kuih jela..yang ni pun dari pagi sampai ke malam membakor cookies..banyak kot nak kena buat sebab nak bawak balik kampung kt perak 1 balang..kat penang 1 balang..untuk kat rumah lagi..ha tu kena la lebih kann..

disebabkan stay up buat cookies and packing barang untuk balik kampung jumaatnye tu, memang all the way from subang to penang tu kita dok tido jerr..haha..celik2 je tengok dah ade pokok kelapa..wee~~

cerita balik kampung sambung lain kali lah...selamat ber-open house semua..salam :)


baking time! #cheese cake

alang alang tengah mood nak update recipe..meh la kite share recipe nak buat cheese cake pulak..haritu baca kat blog nameeroslan dia buat cheesecake..tengok steps dia senang kott..so tu yang tergerak nak try buat jugak..cuma kita ade tambah here and there lepas compare dengan a few cheesecake recipe..wahaha memandai je kann~ :p

ok,so ini bahan bahan yang diperlukan ye tuan-tuan dan puan-puan..

base
  • biscuit marie / oreo *kalau guna oreo, asingkan creamnya
  • butter(ikut kesesuaian)
cake
  • 500g cheese philadelphia
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • oreo 3-4 biji.(hancurkan)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cup plain yogurt 

cara-cara
  1. firstly kena buat base. hancurkan biskut tu..ikutla nak letak banyak mana..kalau nak base tebal, boleh letak sampai 4 row biskut marie tu..hehe..tapi kite guna 2 row setengah je..
  2. kemudian gaulkan biskut marie yg telah dihancurkan tu dengan 1/3 buku mentega yang 250g..(boleh jadi lebih or kurang dari ni..tak kisahla,,asalkan semua biskut tu sebati dgn mentega)..make sure mentega tu dh bawak keluar dari peti sejuk sejam sebelum nak buat ni..takdela keras jek nanti.
  3. bila dah sebati, masukkan adunan ni dalam loyang yang nak pakai.Tekan dan mampatkan barulah kukuh base tu..
  4. ok sekarang nak buat cake dia pulak..masukkan cream cheese, telur, susu pekat, esen vanilla, yogurt dalam satu bekas berlainan, dan pukul sehingga kembang. 
  5. masukkan oreo yang dah di hancurkan tu dalam campuran ni.(tapi ini optional..kalau prefer nk plain cheese cake, tak perlu letak oreo ni)
  6. Then tuangkan ke atas base biskut marie tadi dan bakar dalam oven yg dah dipanaskan..bakar dengan 180C selama 30-45 min
  7. lepastu, sejukkan dulu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
inilah hasilnyahh!hee..tapi sebelum masuk oven tu dok ngengada tabur coklet cip sikit kt atas tu..haha..seb baik okay je rasa dia

#tips: again, bagi yang tak suka manis manis, adjust la susu pekat tu..bubuh dlm 3/4 tin pun dah okay..

hee,selamat mencuba! =)

Thursday, August 23, 2012

baking time! #puding caramel

assalamualaikum semua..i'm back! selamat hari raya..dan minta maaf zahir batin kepada semua yang kite pernah sakitkan hati or ape2 jelahh..macam mana raya korang?best?
hehe..so today kita nak share recipe buat puding caramel..*gituu tetiba je nak share recipe..haha..ok ok..serious pleasee..ni bahan-bahan yang diperlukan untuk buat caramel ni..
  • 750 ml susu (susu tepung ke fresh milk ke semua boleh guna...kita selalu guna susu dutch lady)
  • 3 biji telur
  • 2 sudu gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 6 roti (koyakkan kecik2)
  • ½ cawan gula (hanguskan) 
cara-cara
  1. Gaulkan susu,telur,gula kastor,esen vanilla dan roti ke dalam mangkuk.
  2. Panaskan gula dalam loyang yang nak digunakan diatas api paling kecil sehingga warna kekuningan.tapi kita ade letak air sikit dalam setitik dua..nak bagi senang cair.
  3. Kemudian masukkan campuran adunan roti tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus.
  4. Kukuskan selama 30 minit di atas api sederhana.Nanti kita boleh tengok dia dah keras...nak tahu dia dah boleh angkat ke tak, cuba cucuk dengan pisau,kalau kt pisau takde melekat pape, boleh dah la tu..
  5. Angkat dan sejukkan loyang.
  6. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan. 
  7. sejukkan dalam peti sejuk..sebab caramel ni lagi best  bila makan sejuk-sejuk.

ni sebelum diterbalikkan

tadaa!ni lah hasilnyee..hehe..haa,senang je ni...selamat mencuba! =)

#tips: kalau tak suka manis manis sangat,adjust la gula tu..jangan letak ikut aturan ni..kurangkan sikit ke..hee~

Monday, August 6, 2012

thank you, thank you :')

Now dah 93 participants for my online survey..remember kat previous post ade 20+ je baru..heee...thank you everyone!