p/s:timekasih bebanyakla apwaz yeh ^_^, sebab setting2 kan bende alah wireless ni(lepas dah marah2 segala).ha ha ha
Tuesday, August 31, 2010
wireless uia
p/s:timekasih bebanyakla apwaz yeh ^_^, sebab setting2 kan bende alah wireless ni(lepas dah marah2 segala).ha ha ha
Wednesday, August 25, 2010
mengeluh sat~
dokter A
dokter:ok,sakit ape?
pesakit:rasa panas badan.mcm nak demam
dokter:ada batuk dan selsema tak?
pesakit:ade
dokter: ok.cube nganga mulut
*nganga mulut*
dokter:ok.*sambil menulis2 kt transkrip obat* dah.itu saje~
pesakit: ok(umm, dlm hati..erk,ape kah?ceni je ke die cek? -__-; )
aku dah hafal sgt dah ubat yg dokter dr klinik A ni akn bagi ape..ubatnye sama je setiap masa pun.ermm.kalau cmtu aku pn blh jadi dokter.huhuhu.cm mmbazir masa je kalau gi situ.. tapi pegi haritu pun cume untuk cukupkan syarat atau sekadar nak tahan dulu before balik rumah atau jumpe dokter kt klinik yg lebih di yakini.haihh.tah pape tah~
ok,situasi lain plak..
dokter B
dokter:ok sakit ape?
pesakit:rasa panas badan.mcm nak demam
dokter:sejak bile?rasa macam mana?
pesakit:blablabla *cite panjang lebar*
dokter: *amik stetoskop.cek2.amik bende suhu tu.cek2 lagi.amik torchlight.cek2* okay..awk ni ceni cemtu blablabla..dia pun citer panjang lebar ape problem aku sebenarnye and bagitau ape kena buat*..lepas dah citer pnjg lebar..die tanya lagi..ada pape lagi tak ?
pesakit:takde. *ok..barula aku kua dr klinik tu dgn hati yg senang sbb tau ape mslhnye*
hurmm.alhamdullilah nasib baik tak kena tahan kat wad haritu tapi at least aku dah rasa cmana masuk air dlm bdn.nak dekat 2jam kot tggu 1 bekas tu habis masuk.wuuu.kebas habes 1 badan.smpai ke muka-muka pun kebas T_T tapi lepas dah masuk air,badan dah x rasa lemah sgt.wee :D
ok.sebelum berakhir,korang agak2 kenal tak dgn situasi dokter A?
Friday, August 20, 2010
mengapa berdoa itu penting?
again, sedikit ringkasan pasal 1 artikel dalam majalh solusi yang saya baca haritu mngenai kepentingan berdoa.straight to the point jelah,malas nak hurai pepanjang2 =p
1. mengekalkan hubungan dengan allah setiap masa
tahu tak,sebenarnya allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingatinya sebab dgn ingat kat dia lah baru kita menjadi tenang. dan tenang itulah yang di maksudkan dgn pure happiness. sebab tu kita tengok..orang yang selalu berdoa tidak akan di landa stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup..sebabnya 'talian hayat''dia sentiasa bersambung dengan allah =)
2.menghindarkan diri dari penyakit fizikal
sains perubatan boleh musnahkan bakteria..tapi dia tak buleh nak musnahkan emosi2 negatif cam risau..benci..murung sume tu kan?jadi cane nak 'musnah'kan emosi2 negatif ni?
dengan doa lah :)
sebab ia buleh buat kita mengubat hati dan fikiran drpd fikran2 mazmumah yg jadi punca kepada penyakit2 fizikal tadi tu.haa,nampak dak?
oke..lpoint seterusnya pulakk..
3. di dampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan
tahu kan yang syaitonirrajim ni selalu menghasut kita supaya kita jadi ragu2, takut, rakus and segala yang negatif2 lah dalam hati ni..jadi, bila kita mengingati allah(berdoa) kita mampu menghalau syaiton2 tu..dan yang paling best nye pulak kalau kita berdoa ni, kita akan selalu didampingi oleh malaikat. jadi,kita akan sentiasa terpelihara dalam setiap tingkah laku kita. cam dari segi kata-kata, keputusan, pertimbangan dan lain-lain
4.membentangkan masalah dengan jelas
pernah tak korang rasa macam korang ada banyak sangat masalah?tapi pernah tak kita cuba untuk duduk and list down kan ape masalah tu?doa ni macam menolong kita menukarkan masalah dalam bentuk perkataan. dengan berdoa jugak masalah yang asalnya kabur ngan samar jadi jelas dan terang. so takdak dah la serabut2 pikir kononnya cam banyak sgt masalah kita pdhal sebenarnya sikit jea :)
5. melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan
kadang2 masalah kita terlalu personal and kita malu nak citer kat member2..so mesti kita bingung time tuu..nak citer kat sape lagi kan sebab kalau simpan sorang2 nanti lelama kita jugak yang tensen~
jadi jawapannya sudah tentulah kpd Allah kita mengadu. dia kan selalu ada untuk dgr segala rintihan dan harapan dr kita ^_^,
6.mengaktifkan diri untuk berusaha.
doa adalah langkah pertama before kite mulakan satu tindakan.contoh cam..kita nak skor A dalam design..kite pun selalu lah berdoa kat allah pasal ni..and secara tak lansung jugak,mesti kita akan mula berusaha utk dapat A tu kan..cam pegi consult lecturer ke..rajin buat mokap ke..haa,gitu lah :P
kepandaian berbeza
cerita amik from majalah solusi.agak menarik utk di kongsi bersama.ehehe.post ni dedicate utk orang yang selalu merasakn dirinya tak berguna, xde keupayaan, xde kelebihan atau ape2 yang seumpama dengannya lah..
satu hari sorang profesor yang bijak pandai naik sampan dengan sorang pendayung..di tengah perjalanan, professor tu bertanya kepada pendayung
profesor: kamu pandai menulis dan membaca?
pendayung:tidak tuan
profesor:oh,kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.orang yang tidak pandai membaca telah hilang keupayaan utk hidup dengan berjaya
lepastu profesor tu bertanya lagi
profesor: kamu ada buat simpana untuk masa depan?
pendayung:tidak tuan..pendapatan saya hanya cukup2 makan saja
profesor: kalau begitu, kamu sudah hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu.orang yang tidak menyimpan wang mana boleh bhidup dgn selesa masa hri tua nanti
tetiba..sampan yang mereka naiki itu terlanggar batu dan bucu nya telah bocor..sampan tu pun mula dimasuki air..puas dicedok semua air tapi tak berhasil ..dan dalam keadaan panik tu,pendayung bertanya kepada profesor tadi..
pendayung:tuan,tuan pandai berenang?
profesor:er..er..saya tidak tahu berenang!
pendayung: kalau begitu, tuan akan kehilangan keseluruhan hidup tuan!
jadi kat sini..pengajarannya ialah.. allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi dia jadikan setiap manusia berlainan kepandaian.masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.jadi tidak ada manusia yang bodoh atau tidak hebat atau yg sewaktu dgnnya..maka,kita hendaklah bersyukur dgn segala apa yang kita ada. bila kita kerap mengeluh kat orang pasal kekurangan kita, kita ni macam dah kufur nikmat..tak reti bersyukur dgn apa yang allah dah bagi kat kite..haa..ye dak?
so.sama-sama lah kita muhasabah diri yer =))
bersahur
-mengikuti sunat rasullulah
-menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadah
-mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
-menjadi sebab untuk kite bangun berzikir dan bersolat kerana waktu itu sangat mustajab
dapat berniat puasa bagi yg terlupa utk niat sebelum tidur
see,quick updates dari saya harini.ok.selamat berpuasa.ramadhan kareem! =)
Sunday, August 15, 2010
update yang cepat
dah besar2 ni bukan senang nak kumpul semua.sat g ada yang x cuti la..ada yang busy kerja laa..macam2~
walaupun sem ni cam kurang gila balik rumah time weekend,tapi as long as family dtg jenguk kat uia pun ok la tu -__-;
ok..sebab saya sendiri pun dah tak igt yang mana satu comes first..so,taruk gamba je la dulu.cite panjang next time sajorh okay..sebab masa sangat mencemburui kite sekarang ni.hee :p
perkara satu: genting highland
perkara dua: cuci the musical 2
perkara tiga: imam muda final
perkara empat: wedding sulong budak batch (integomb thirdfivers) farahin
ok.itu je.jumpa lagi lain kali!selamat berpuasa semua.mintak maaf yea kalau ada salah silap =)
Wednesday, August 11, 2010
rahsia tulisan tangan
teman hidup saya
akhirnya dapat jgk spend masa sikit utk berblogging.huhu..korang perasan tak..kadang-kadang susah nak carik sesuatu yang boleh buat kita hold on begitu lama dgn dia.paling lama pun mungkin la setahun dua.tapi ada satu bende yang setia dgn saya sejak 11 tahun yang lalu.
terimakasih sebab selalu menjadi peneman hidup saya.
walaupun kamu ni maintenance tak berapa tinggi.tapi setiap kali pun mesti berhabis duit yang banyak untuk spend kt kamu.
hmm..nak wat camana.
tanpa kamu, hidup saya jadi tak lengkap.
jadi saya kena berkorban jugak
saya selalu kena jaga kamu baik-baik.
susah tau tak nak jaga kamu.huuu.okey,tipu.tak susah pun nak jaga kamu.
saya yang selalu careless.
mintak maaflah,kadang-kadang saya terabaikan kamu.terjatuh katil.termarah.terpukul.tercalar.terpenyekkan.terbaling,pendek kate,semuanya TER la.bukan sengaja pun.huhu.
sekarang kamu dah tak sehensem dulu.kamu dah senget.frame kamu pun dah ade terkopek sikit.cermin pulak dah banyak calar.power saya pun dah naik..
sebabtu saya kena carik yang lain.sebab kamu tak mampu support saya lagi.
takpe.saya tulis post ni khas utk kamu.saya dah letak gambar-gambar kenangan kita bersama.so lepasni kamu jgn sedih2 yer kalau saya dah ada yang lain =')
1999-2001
2001-2003
2003-2006
mungkin ramai yang tak perasan ada corak kat bingkai spek ni.sebab dah di cover dengan tudung.huhu~
2006-2010
and now,welcoming the 5th boyfriend/teman hidup a.k.a spec saya.ngeh3
ok,selamat berpuasa semua!manfaatkn bulan ramadhan ni dgn sebaiknya!