Istiqamah
bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada
akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah
dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada
pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
- Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
- Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
- Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
- Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
- Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Istiqamah
menjadi tuntutan agama.
Sifat
yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan
oleh Allah Taala dan Rasulnya .(Surah
Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:
Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas
jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......(Rawahul
Muslim)
Ertinya:
Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan
pendirian kamu.
Ruang lengkap Istiqamah
Istiqamah
merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia
dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati,
amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan
yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain
atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:
Contoh Istiqamah
- Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
- Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
- Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Istiqamah
dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja
yang diizinkan oleh syaraq.
Dengan
matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta
di redhai Allah Taala.
Tahap-tahap Istiqamah
Ada
tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
- Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.(Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
- Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:(Surah Ibrahim ' Ayat 27) Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
- Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.
Membentuk Sikap Istiqamah
Sikap
Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut
ke dalam diri:
1.Matlamat
yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat.
2.Semangat
dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus
asa.
3.Prinsip
yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu
Alaihi Wassalam.
4.Ilmu
dan maklumat yang cukup.
5.Strategi
yang kemas dalam perjuangan.
6.Usaha
yang berterusan.
7.Yakin
kepada takdir dan janji Allah Taala.
8.Berdoa
dan bertawakal.
9.Bersyukur
dan redha.
Sikap
ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam,
para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang
tertera di dalam gambaran sejarah.
Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/istiqamah.html
Istiqamah ini adalah sebaik-baik amalan walaupun sedikit.
oh yes, this post is for you my dear friend =)
No comments :
Post a Comment