Friday, January 29, 2010

saya suka putrajaya =)

salam.hari ahad lepas saya pergi ke putrajaya untuk buat assignment culture saya iaitu di masjid besi (sultan mizan)..sambil tu sempat la jugak saya round-round putrajaya tu..lama dah tak datang sini.(lama la sgt,padahal raya haritu pegi je open house dr.asiah)..banyak gile bangunan baru.cantik2 plak tuh.terasa macam ade kat oversea sebentar *wah,melebih sangat* .i loikee! ^^

rasa cam bangga pun ada tgk ada tempat cantik camni.yelah,bersih,kemas segalaa kalau nak di bandingkan dgn KL busuk berasap tu.putrajaya bagi saya sgt lah tenang aman damai makmur sejahtera hidup *hamik,semua nama dorm kat integomb dah kuar*.huah3.saya rasa nanti dah besar nak duduk tempat macam ni lah.maka,saya kena beli rumah dekat sini lah eh?ataupun saya kena kawin dgn org sini? =p

saya dah dok berangan dah ..kan kat sini kan takde pagar..senang je la kite nak pegi rumah jiran sebelah buat segmen terjah melodi tuu.hehehe..pastu kalau boring2 boleh pusing2 lake putrajaya tuh.kot2 la time tu ade swan idaman saye tu kann..haha *saya sgt teringin naik swan hahaha.berangan.wujud kah benda sebegitu masalahnya?* boring2 lagi boleh pilih nak g masjid2 cantik..kalau boring jugak lagi,boleh berekreasi bersama teman2 dekat taman botani.wah ghettuw~ amboi2,banyak pulak planning kaw =.=


sini ade sedikit gambar yg saya amik sepanjang trip itu.tapi takleh aa tunjuk gambar banyak2,nanti hilang seri gambar tu untuk dibuat report culture =p





view masjid besi from masjid pink tu

ni la contoh abang yg berdedikasi sangat.hua3.tolong teman adik dia ni haa buat assignment~




gambar di atas ni di amik guna kamera digital lumix.tetap cun(bagi aku) walaupun bukan spesies SLR. ^^
wokeh,itu jah update kalini.masa untuk balik ke yuyaiyea kawan2 ^^ *tetibo kua background music iklan kasut yang cemni- ayuh kembali ke sekolah,ayuh! *




ha incik afwaz,toksah nak belagak sgt dengan putrajaya naa.subang jaya tetap number one di hatiku :p

alamak. cuti dah nak habis

salam.hai hai kawan2.

sehat kah anda?
macamana cuti anda semua?
kerja siap tak?

haa..itu adelah soalan2 lazim yang akan di tanya pabila(uih,ayat pabila..tetibo jah) bukak sem nanti.haha.aku dah tanya dulu in advance.terer tak?haha :P

haritu aku rasa macam cuti kalini macam panjang.banyak masa je kan..tapi skali tengok2 harini dah hari jumaat.kje byk tak siap lagi..pastu dah nak kena balik uia dah lusa.haihh..

and cuti ni pun tade aktiviti ape yang dilakukan sangat melainkan kuaq dengan budak integomb.tu je la.plan nak picnik,futsal,skating segala semua kansel.tula yg aku x suka jadi organiser ni.asek x menjadik jer..x pelah,save duit sikit.bulan dua ni banyak birthday orang T.T

pastu..antara aktiviti lain yang aku buat ialah,assignment dan perkara2 normal biasa macam tengok tv.baca buku.tido.aku juga telah berjaya mengdownload skype.bella adelah orang yang pertama ber-skype dgn aku.best kot.tp still mic aku ade problem.bella x boleh dgr ape aku cakap.so end up,bella cakap2 aku kena balas dgn menaip.rasa seperti bisu T.T

haha.ok,takde ape update baru sangat.enjoy lah gmbar comel bella ni dan jumpa lagi di post akan datang :P

hamik pisang!


tetibo nak taruk lagu kat blog ni haa.sejak dua menjak ni sunyi benau~

Sunday, January 17, 2010

cuti midsem

salam.halo2 ^^
harini saya dah start cuti midterm.oyeah3.bestnye.lega sikit.dok uia asek buat saya rasa tensen je.tatau la.terlalu pikir kan keje kut.huhu..

laptop saya baru format.and baru upgrade tambah lagi 2 geek.dah laju woooo skaranag.pastu keyboard pun dah ok.takde dah s p a c i n g2 cemni lagi bile menaip.haha.ngade2 tak eja pun nak salah2..huhu =p

oh,saya rindu tok saye.sebab masa dia duduk kat rumah saya,ramai sedara mara jauh yg datang rumah saya sebab nak melawat dia.walaupun saya penat..yela kan asyek dok dapur basuh pinggan mangkuk je,tapi saya suka.saya suka jumpa sedara mara saye.ramai rupanya.seb baik la diorang datang.baru saya kenal sorang2.kalau tak,entah2 bila berselisih kat mane2 pun tak kenal.hehehehe

and yang jadik faveret,mesti la amik gamba budak2 kecik.hehe ^_^

ni ismail.baru 8 tahun dah ade gelpren.entah die paham ke tak amende tu..hehe.mentang2 la comel.

ni lah tok saya.dia pun comel jugak =p

yang ni..er,x ingat nama.tapi comel sangat2.mintak pose macam2,dia ikut je dgn redha ^_^"


byk lagi gamba budak2 comel ni.tapi tatau knp harini internet macam slow gila.maka sikit2 je cukup lah kann~ok,jumpa lagi next post.selamat bercuti kawan2 semua.ehh,cuti-cuti jugak,jangan lupe buat homework yeh =p

bye!


p/s:radzi,aku rindu adik kau,kudin.ok lah,hazim jugak.hahah.tibe2 terjumpa gamba ni


ekceli tade idea nak blog pasal ape.
in love,u get what u deserved,not what u expect

Saturday, January 9, 2010

orang cakap

oran cakap..selalunya kalau birthday orang yang special/rapat dengan kita dah dekat,mesti kita dah terpikir nak bagi ape kat dia eventho birthday dia ekceli lambat lagi.sampai pening kepala kadang-kadang tuh


ada beberapa orang dah provekan hipotesis ini betul.(eventho mereka deny mereka sayang orang itu =p )

eh eh.nak emo pulak

yea mari kita terjah apekehei nye yang akan buat aku rasa terannoyed:

nombor satu:apabila sedang berada di toilet di mahalah untuk mandi ke ape,tiba-tiba dengar suara lelaki ckp 'assalamualaikum' .yang buatkan aku hangin adalah,kenapa technician ni tak datang apabila aku tidak menggunakan toilet.dan2 nak guna laaa dia datang.pastu nanti aku pun akan terpaksa membuat bunyi seperti berdehem2 ataupun bukak air kuat2.supaya technician itu sedar ade orang di dalam toilet.cuak tawu tak.dah la lelaki2 tu tunggu dekat tangga sebelah bilik aku.tak ke jenuh aku pikir camana nak berjalan ke bilik tanpa di lihat mereka?

nombor dua:apabila aku mesej,tapi tidak di balas.kalau mesej setakat 'watpe' tu,takpelah jugak kalau tanak balas.sebab bukan nya benda urgent pun.saje2 jah.ni kalau mesej yang macam penting.and aku plak cam ape jah tunggu orang tu reply balik.huishh.sakit hati

nombor tiga:sikap melayu yang tak boleh tengok orang lebih dari dia.aku ada ramai kawan yang baik-baik belaka.ehem2.semua nya sanggup menghulur tangan gittuw bila aku dalam kesusahan.(hamboi ayat..ahaha)tapi masalahnya,ade satu golongan ni yang tidak senang melihat aku selalu di bantu.kalau diorang susah,diorang pun nak aku susah.ayat-ayat dengki mereka 'yela,dah ada kawan baru,lupakan kawan-kawan lama' erghh..mana ade camtu.tolong sikit~

nombor empat:sikap melayu lagi.yang suka gossip.tak tahu cerita sebenar,pastu dah spread macam-macam.memang lah seronok bercerita pasal orang itu dengan orang ini semua bagai.tapi pernah kau tanya sendiri dekat orang itu ape sebabnya dia buat begitu?oh plis la

nombor lima:apabila groupwork bukan lagi macam group work.kalau dah nama pun group..so,setiap kerja tu kena lah sama-sama buat.kalau part kau dah siap,tolong lah mana-mana yang patut yang tak siap lagi tu.hishhhh

nombor enam:bila orang menjeling aku.jeling yang penuh dengan kebencian.aku pun tak paham kenapa aku di jeling sebegitu.tak pernah rasanya aku bercakap dengan orang tu.tapi kenapa aku di jeling?cis.sungguh tidak puas hati nampak


ok,cukup enam perkara je.kang banyak2 kang,orang menyampah nak baca pulak.so,itu lah konkluci dari shout-out2 aku sebelum ni kat fb tuh.yang dok emos2 tuh.dah.pasni takyah tanya lagi tau.huu


lega i~