Thursday, March 7, 2013

Lawak Ke Der 2

yeahh baru je lepas tengok Lawak KeDer 2!!haha last friday terbaca tweet from harith iskandar . dia nak bagi free preview tickets for first 50callers.haha terus dail number dia bagi tu...awal2 engage jeee..dah 15min try baru dapat! and sebab excied sangat.btau officemate,suruh dia buat jugak..dapat kot! then tell another 1..dia try jugak..pon dapat!haha yeay so td kitorang bertiga pegi lah ke alamanda untuk preview tu :)

collecting tickets


before the preview, harith iskandar and hans isaac bagi speech sket.wee~

overall best! orang sebelah gelak hentak-hentak kaki kot.over nyahh.haha..muvie ni sesuai sangatlah untuk lepaskan tension lagi-lagi lepas balik office.hehe

soo tunggu ape lagi?pegila tengok! #HarithTroopers

Tuesday, March 5, 2013

hidup sihat

dulu masa sekolah tak pernah aktif dalam bab-bab sukan ke apa..semuaorang cakap 'weh..kaki panjang..takkan tak boleh lari kot' ..wuu sadd~ ceritanya,dari kecik memang tak pernah diajar untuk minat bersukan.sebab kalau setiap kali hari sukan ke..baliklah orang ni dengan muka garing..pastu ibunda bising..haha..lama-lama kita pun faham la yang tak digalakkan untuk main panas t_t huhu..

masuk sekolah menengah pulak ingat nak aktif sikit..so practise la dengan jogging bagai dekat padang.pastu masa tu mesti kengkawan sekolah pun ade jugak tengah main bola dekat padang tuh..esok lusa mesti kat sekolah cakap ''eee slownya kau lari' takpun.. ' ee kelakarnye kau lari'


what?!apa yang kelakar nyerr??


down T_T

terus takde hati nak jogging, lari dan seangkatan dengannya.cukuplah sekadar fast walking masa balik sekolah itupun sebab panas tengahari.so takyah nak jalan lenggang lenggang sangatla.

orang cakap jogging tu bagus untuk stay fit.tapi yours truly ni perasaan yang kurus tu adalah fit..fit ape kalau asyik rasa sesak dada bila naik tangga 4 tingkat.jalan jauh sikit dah mengah.haa, salahkan budak lelaki yang kutuk aku masa sekolah dulu :p tengok ape dah jadi sekarang?heihh

pastu ditambah pulak sejak mula drive ni..asyik makan best-best aje.and lemak pun komfemlah berkumpul sebab takde aktiviti berjalan..semua naik kete je..lalu menyebabkan pertambahan berat yang mendadak dalam tempoh 2 tahun ni T__T

sebenarnye dah lama sedar akan hal ni..tapi sebab busy dengan final year architecture masa tu..and then masuk pulak master..kena buat  thesis bagai..lagilah tolak tepi aktiviti sihat tu (huh alasan lagi) . sekarang ni dah kerja nak taknak kena start jugak exercise.sampai bila nak macam ni..muda lagi kot.huhuhu.so habis je opis hour, tepat pukul 6 cepat-cepat balik.sampai rumah dalam 630 sempat lah jog 30minit :D

seminggu pertama bekerja ni berjaya jog tanpa tinggal satu hari pun..haa tapi setiap malam lahh lenguh kaki..lemak lemak terkezut agaknye tetiba tuan badan bersenam. (n_n") kebanyakan yang jog kat padang ni pun orang tua je.huhu..a few pakcik tegur la..tanya ni anak siapa sebab tak pernah nampak sebelum ni.hoho :p

oh yea.it feels really good to have activity like this. harap-harap kuat semangat la sampai bila-bila

Monday, March 4, 2013

of Grafa Cafe, Skytrex Adventure & Cendol Bakar

1.masa nak tulis tajuk post ni, tengok calander baru sedar eh dah march dah?cepatnya masa! maknanya cukup dah sebulan kite kerja..hehe..still banyak new experience pasal my workplace.i'll blog about it in the next post insyaallah =)

2. actually dapat tahu ade cafe baru buka dekat subang..Grafa cafe, ss15.so alang-alang nak try,plan lah  nak meet up with my seafield girls..ni semua ni nama je jiran..duduk selang bape baris je dari rumah..tapi nak jumpa..harap time open house raya jela..haha


this cafe buka from 12pm till late night kot.surrounding, food semua best.oh yea, portion 1 meal dia banyak ehh..so prepare perut tu or else nanti membazir jah makan separuh...pastu ade kedai kecik dalam kedai ni..concept store..jual tshirt.kasut.bag.buku..indie stuff i guess judging from the style

my very best friend since form 1! farah eliza.hehe..dulu kat sekolah dah la macam kembar.kesana sini semua sama-sama.muka pulak time tu memang nak kat sama..cikgu selalu salah panggil kitorang..wuwuwu.yang lain yang turut serta kalini; izzah dengan nik.hehe nik datang lambat so tak sempat nak tangkap gambar ;p

3. skytrex adventure!! thanks to mira sebab blog about this place..hehe terus rasa nak try..i give 4.5/5 for this activity..hehe sebab selalu kalau nak hangout dengan kawan-kawan ke mesti jumpa dekat kedai makan best-best..habistu..dah asyik makan je..activity nak bakar lemak tu takde pulak..mane tak gems sekarang ni kan.haihh..

that day kitorang cuma try the big thrill adventure.hehe..ruginyaa tak bawak beg pouch ikat kat pinggang tu.. sebab kalau tak boleh bawak camera kan..memangla ade sediakan loker..tapi kita nak jugak bawak camera tu masa memanjat sebab nak amik gambar kat atas pokok tu nanti..

overall for this big thrill ada dalam 20+ challanges kalau tak silap and semua ok-ok lahh eventho dah lamaa tak beractivity yg berpeluh-peluh ni..tapi make sure kena warm up sikit sebelum start activity tu..haha nanti jadilah macam yours truly ni.sakit lengan sampai 2-3hari sebab ade challange yang kena gayut from tali to tali.

surely if ada masa nak pergi next time, nak try main yg extreme challange pulak ^_^


among the challenges.hehe actually paling best yang flying fox..walaupun takut nak tolak diri sendiri jatuh..tapi that feeling masa dia swing laju tu..fuuu best sangat..sengih sampai kering gusi ni  :')

the toughest challenge i think?haha panjat tangga setinggi 2 tingkat bangunan.wuuu..baru suku dah termengah-mengah..terkezut lemak-lemak kita tetiba pepagi buta orang ni bersenam dengan extreme u___u

tali keselamatan yang dipasang kat pinggang.memang sepanjang masa kita ada kat atas tu kita hooked to the rope..so takyah risau jatuh gedebek camtu..kalau terslip ke..kite tergantung la kat tali tu..very secure la actually

tinggi! huuu i never thot that im afraid of height untill im here

ni lah part kena bergayut-gayut tuu.sakit ketiak kot


4. satu lagi, pernah dengar tak the famous cendol bakar dekat kuala selangor?haa..haritu lepas tengok baby angah kt kuala selangor, singgah la kejap kan makan cendol ni..nak tengok sket ape yang sedapnye..hehe..to my surprise..ramai gila orang..cendol ni siap ade drive through lagi kot.

the best thing about cendol ni..bukan lah sebab dia bakar cendol tu (which ramai ingat cendol tu dibakar)..zzz.. yang dibakar cuma air gula dia..and atuk owner kedai ni namanye 'Bakar'

another thing pasal cendol ni jugak..dia bagi cendol free kepada orang fakir miskin/OKU..haaa, bukan senang nak tengok ada bisnes macam tu kat sini..cuma tunjukkan kad jabatan kebajikan masyarakat, and boleh claim cendol tu..hehe

haa ni lah cendol VIP, cendol VVIP & cendol VVIP durian..sedap.cukup semua rasa  dia :))


see u till the next post which i dunno when  assalamualaikum =))