Tuesday, March 5, 2013

hidup sihat

dulu masa sekolah tak pernah aktif dalam bab-bab sukan ke apa..semuaorang cakap 'weh..kaki panjang..takkan tak boleh lari kot' ..wuu sadd~ ceritanya,dari kecik memang tak pernah diajar untuk minat bersukan.sebab kalau setiap kali hari sukan ke..baliklah orang ni dengan muka garing..pastu ibunda bising..haha..lama-lama kita pun faham la yang tak digalakkan untuk main panas t_t huhu..

masuk sekolah menengah pulak ingat nak aktif sikit..so practise la dengan jogging bagai dekat padang.pastu masa tu mesti kengkawan sekolah pun ade jugak tengah main bola dekat padang tuh..esok lusa mesti kat sekolah cakap ''eee slownya kau lari' takpun.. ' ee kelakarnye kau lari'


what?!apa yang kelakar nyerr??


down T_T

terus takde hati nak jogging, lari dan seangkatan dengannya.cukuplah sekadar fast walking masa balik sekolah itupun sebab panas tengahari.so takyah nak jalan lenggang lenggang sangatla.

orang cakap jogging tu bagus untuk stay fit.tapi yours truly ni perasaan yang kurus tu adalah fit..fit ape kalau asyik rasa sesak dada bila naik tangga 4 tingkat.jalan jauh sikit dah mengah.haa, salahkan budak lelaki yang kutuk aku masa sekolah dulu :p tengok ape dah jadi sekarang?heihh

pastu ditambah pulak sejak mula drive ni..asyik makan best-best aje.and lemak pun komfemlah berkumpul sebab takde aktiviti berjalan..semua naik kete je..lalu menyebabkan pertambahan berat yang mendadak dalam tempoh 2 tahun ni T__T

sebenarnye dah lama sedar akan hal ni..tapi sebab busy dengan final year architecture masa tu..and then masuk pulak master..kena buat  thesis bagai..lagilah tolak tepi aktiviti sihat tu (huh alasan lagi) . sekarang ni dah kerja nak taknak kena start jugak exercise.sampai bila nak macam ni..muda lagi kot.huhuhu.so habis je opis hour, tepat pukul 6 cepat-cepat balik.sampai rumah dalam 630 sempat lah jog 30minit :D

seminggu pertama bekerja ni berjaya jog tanpa tinggal satu hari pun..haa tapi setiap malam lahh lenguh kaki..lemak lemak terkezut agaknye tetiba tuan badan bersenam. (n_n") kebanyakan yang jog kat padang ni pun orang tua je.huhu..a few pakcik tegur la..tanya ni anak siapa sebab tak pernah nampak sebelum ni.hoho :p

oh yea.it feels really good to have activity like this. harap-harap kuat semangat la sampai bila-bila