Monday, February 18, 2013

majlis bertunang & family gathering

hai assalamulaikum.wuuh lama betul tinggalkan..tahun 2013 adalah tahun yang busy bagi aku..dari awal tahun sampai ke sekarang..semuanya full schedule..so meh sini nak cerita whats happening from january till now..it will be by series kot.tapi not in sequence..sebab dah mixed up.pastu yang tulis dalam draft ni panjang gila..rasa macam takde sape je yang nak baca..takpelah, aku baca sendiri bila dah tua-tua nanti *pasrah*

masa cuti thaipusam haritu balik kampung untuk majlis tunang sepupu aku, kak nana, kat penang..kitorang balik 2 hari awal to help them out..dengarnye pihak lelaki nak bagi 30 hantaran..haaa, kalut la pihak gegurls pikir ape nak ditambah supaya at least tak nampak la beza banyak sgt..kak nana bakal jadi 1st menantu dalam family besar bakal suami dia.thats why semuaaa makcik pakcik abang tu excited and bawak sorang 2 hantaran..(note: diorang ade 15 adik beradik hokay) haaa.

Hantaran orang2 kampung bagi pun tak kurang kreatif jugak..gula batu, diorang bubuh dalam plastic then ikat guna getah untuk jadikan bentuk..
pastuu, adat kat belah sana, masa bertunang, bakal mak mertua dan family kena suapkan gula dekat bakal menantu dia..gula yang orang pakai untuk masak/buat air tuu ..haha..bayangkan family bakal mertua kak nana ade 15 beradik..jadi ade 15 makcik la kan..semua tu laa suap gula kat dia..haha..dahlaa kak nana ni dokter gigi.rosaklaa gigi dia tu =p


zharif & hazim.malam tu sampai je diorang ni dari teluk intan terus ajak makngah naya *read: nadia* main mercun pop-pop..haha..dahla kemain excited nak citer otw balik kg tu lalu terowong kt PLUS tu.." zharif lalu tewowong haa" aaa..gelak guling-guling


kakwa dengan anak-anaknya.kalau tak ingat lagi zharif ni siapa, dulu2 pernah buat post pasal smiling eyes tu.haa yang kanan tu dia lahh..dah besar dahh.makin kiut :')

 cucu-cucu tok yang next in line.except yang baju kuning tuh ye

adat suap gula kat bakal pengantin

anak sapa tah nii, comel ^_^ 


separuh dari rombongan yang datang..haa, ramai kot


tepi-tepi! nak enterprame sikit gambar gubahan kitew..haha..Rupanya susah jugak nak menggubah ni.selama ni tengok kat buku cam senang je..hahh dasar tangan keras -__-‘ 

Khamis jumaat sabtu stay penang..lepas habis je majlis tunang, petang tu gerak ke kampong belah taiping pulak. Sampai je kampung jelai,ade pulut durian..durian last katenye..heishh sedap betul..then bawak tok jalan-jalan, bawak pergi rumah maklong dekat kamunting..nak melawat dik wan yang baru operate kaki..ceritanya dia berBBQ dengan kawan-kawan..pastu ada seorang ni yang panjang akalnya rasa nak tengok api bbq tu galok..so dia tuang minyak petrol..api marak tetiba, dia panic, campak botol petrol tu kat dikwan ni..so, api pun sambar kaki dikwan.sadd T___T itulah.. tak fikir panjang2..habis friendship gone gitu je lepas insiden ni. Scary tengok kulit kaki bertampal2..huhu..semoga dikwan cepat sembuh.. 

Then malam tu bawak tok jenjalan makan luar pulak..hehe kesian tok..dah lama tak keluar rumah sebab tok lumpuh dah hampir 15 tahun.since then dia malas nak keluar sebab memalu sebab kena tolak pakai kusi roda =p


 


Esoknye awal2 pagi balik key ell and bermula lah hari-hari serabut aku dengan preparation nak kerja and hardbound thesis..haa, ceghita pasal thesis tu akan di disambung next episode..sebab tu pon satu hal jugak tuh..hehe.till then, buhbye~~

No comments :